Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2013

Lokasi Perhimpunan Rakyat Malam 31 Dec 2013 Tersebar..

Wowww

Apa je yang aku baca di wassap neh geng. Jika semalam beberapa pimpinan tertinggi steady aje ajak rakyat turun berhimpun.. sekarang neh depa steady aje pergi umumkan lokasi berkumpul sebelum perhimpunan malam 31 Dec 2013 pula..

Yang tak steady geng2 UMNO je.. dari hari ke hari asyik ada aje orang2 yang buat  report polis. Semalam yang terkini dari Pahang. Hari neh dari negeri mana pula nak buat report? Dari negeri mana plak yang nak cakap perhimpunan aman tersebut akan bawa bom la pistol la senapang la peluru la meriam la kapal perang la kapal selam la c4 la apa bagai? Ada?
 

Report la. Kalau boleh ko tokok tambah ceritanya begini. 

Saya penama blablabla.. nak buat report disebabkan ada pihak tertentu nak buat perhimpunan guling kerajaan pada sekian tarikh blablabla .. dan bersama2 mereka, mereka akan membawa 1,000 batalion tentera terlatih dari USA dan ISRAEL bagi mengulingkan kerajaan sedia ada. Saya juga dapat maklumat pada malam itu nanti 1,000 kapal perang akan berlabuh di pelabuhan Malaysia untuk melakukan serangan darat dan kapal perang udara akan mula melancarkan serangan bom dari udara bagi melengkapkan misi mengulingkan kerajaan. Dengan ini saya menyeru PDRM menyiasat semua pihak2 yang terlibat dan bersubahat dalam perhimpunan guling kerajaan.

Oke tak?

KAH KAH KAH

Apa pun yang aku baca di wassap.

Geng2 TURUN dan bersama NGO2 lain akan berkumpul di 3 lokasi.

Pertama - SOGO
Kedua - Central Market
Ketiga - Masjid Jamek

Ketiga2 kumpulan akan berjalan. Menuju ke destinasi akhir di Dataran Merdeka. Start berkumpul pukul 9 malam. Start mula berjalan dan bersatu pukul 10 malam. Ini bermaksud akan datang dari 3 arah. Banyak NGO akan turun serta selain dari TURUN kita ada SAMM, SMM, ROYALTI, APBM, Geng Kotak, Jingga 13, geng2 sosialis dan geng2 dari partisan juga.

Menurut kenyataan yang disebarkan oleh Rafizi Ramli pula. Rakyat tidak perlu takut untuk hadir dalam perhimpunan tersebut kerana rakyat dijamin dalam peruntukkan perlembagaan dalam akta yang tersebut dalam gambar di bawah neh ;

 

Apa yang jelas, rakyat ingin pihak penguatkuasa faham bahawa ;

1. Perhimpunan ini belum berlangsung lagi. Jadi tidak adil menganggap perhimpunan ini perhimpunan keganasan sehinggala ia terbukti sebaliknya. Sepatutnya penguatkuasa nak tuduh2 pun biarlah tampilkan bukti yang berasas.

2. Perhimpunan neh juga ialah perhimpunan aman. Ini janji mereka2 yang turun berhimpun. Sepatutnya bagi mereka ruang dan peluang untuk turun berhimpun dulu. 

3. Mereka  takan bawa senjata ataupun bom. Jika benar ada sesiapa yang rasa rakyat nak bawa bom bagai, tunjukkanla bukti. Air liur bukan bukti solid ma.

4. Maka hentikanla provokasi demi provokasi, tuduhan demi tuduhan, fitnah demi fitnah ke atas perhimpunan neh.

5. Perhimpunan aman ini membawa satu mesej yang sangat jelas. Rakyat mahu sambut kehadiran tahun barang naik 2014 dan lakukan protes aman mengenai kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tak lebih tak kurang.

Tolong faham.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...