Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2013

Ko ingat Aku Heran Najib Pergi Umrah Atau Haji 1000 Kali Pun?

Kejap lagi kang ada la yang meroyan marah aku. Tak caya korang tengok la.

HAHAHAHAH..

Mula nya aku tak heran. Aku push diri aku sangka baik je. Relax sudah. Buka internet gambar2 dia menunaikan umrah. Then member2 post gambar rosmah apa semua. Aku tetap berlagak steady dan cool. Aku taknak masuk campur. Buka portal berita pun ada gambar2 Najib ditayangkan. 

Takpe. Aku kata kat diri aku. Dia neh PM. Memang media gila babi nak promo dia kaw2. Konon nya alim gila ah. Itu normal bhai. Kalau aku PM pun aku pasti terima layanan yang sama melainkan aku melarang media dari UP isu2 peribadi aku. Tapi bila aku memilih tak melarang bahkan siap bawa team media sekali apa lagi yang media boleh buat selain dari mempromosikan kealiman aku di mata public kan? Aku perlu terlihat suci dan ternampak alim untuk mempermainkan jiwa majoriti muslim2 yang sememangnya lebih tertarik kepada penampilan luaran seseorang.

Then aku masih lagi mampu bersabar, bertenang dan berfikir dengan positif seperti saranan Prof Muhaya bila nampak berita2 di tv pun kemain lagi kaw. Amboi. Macam piem sorang aje pernah pergi umrah di dunia neh. 

Tapi tadi.


Ya tuhan.

Dan lagi ;


Dan lagi ;



Disebarkan secara meluas. TV pun ada masuk orang kata. Yang tue aku tak tengok. Paper taktau la ade ke takde. Tapi mungkin dalam utusan ada kot. Then dengan kata2 yang menyucikan kedua2 individu di atas. Nak bagi gambaran bukan calang2 orang boleh cium batu Hajar Aswad.

Yeke?

Ada bodyguard tak masa tue? Ada orang jaga kiri kanan ke tak masa tue? Wow. Tukang amek gambar kemain dapat shot terbaik lagi. Bawa media sekali ke weh Najib? 

Aku tak sure la ingatan aku neh betul ke tidak. Kalau salah betulkan la ek. Dulu pernah dengar ceramah. Batu tue asalnya warna putih. Tukar jadi kaler hitam sebab manusia2 yang cium tue banyak buat dosa. So sesiapa tolong sahkan info neh. Betul ke macam tue? Jika yang cium tue banyak dosa, aku pun banyak dosa gak. Tapi dosa2 aku tak la sampai membabitkan dosa aku dengan orang kebanyakkan. Aku dosa dengan tuhan. Yang dua orang dalam gambar di atas mungkin di ampunkan oleh Allah kalau berdosa dengan Allah, tetapi berdosa dengan rakyat kena minta ampun dengan rakyat dulu. 

Yang aku pelik nak mampos tue. Penyokong2 belah sana kemain lagi puji melambung. Nak kata ko mampu pergi haji dan umrah pun belum tentu. Tapi bodek kemain. Jangan2 disebabkan kos sara hidup yang tinggi, silap2 nak pergi umrah pun susah.

Suka aku nak bagitau. Walaupun lepas neh mungkin islamis2 politik akan membalon aku. 

HAHAHA..

Aku tak heran la Najib pergi umrah 1000 kali sekalipun. Tunai haji tiap2 tahun sekalipun. Urusan dia dengan tuhan itu citer lain. Itu citer peribadi dia. Urusan dia dengan rakyat citer lain. Ini citer pentadbiran dan sistem pemerintahan.

Macam la kalau pergi umrah + haji tue confirm bagus la manusia tue. Kalau confirm bagus pasai apa syiah kena ketuk? Geng2 syiah pun ramai keluar masuk mekah pun ramai dok kata sesat. Kenapa?

Perkara yang sama juga aku tertanya2. Apakah confirm orang2 yang tunai haji atau umrah akan Allah tunjukkan balasan on the spot? Tak semesti nampaknya. Buktinya ramai aje orang2 yang tah hapa2 pergi tunai haji atau umrah dan masih relax2 aje selepas pulang dari menunaikan amal tersebut. Kenapa?

Jadi aku belajar sesuatu la disitu. Yang keluar masuk ke mekah ke pergi umrah 1,000 kali ke pergi haji tiap2 tahun ke itu tak membuktikan dia confirm syurga atau alim atau sewaktu dengan nya.  Dan balasan dari Allah akan hadir bila Allah berkehendak. Bukan bila manusia berkehendak. Jadi bila tiada balasan untuk orang2 yang berbuat zalim bukan la bermaksud dia tidak zalim sebaliknya bermaksud Allah belum lagi membalas perbuatan tersebut. Urusan kita bukan pula sibuk bila Allah nak membalas kezaliman pemerintah sebaliknya urusan kita ialah bila pula kita nak repair amal kita supaya doa2 kita sampai kepada Allah.

Puas juga aku selidik dan teliti. Kot2 Allah hanya masukkan orang2 yang dah pergi haji dan umrah aje ke dalam syurga. Ada ke firman Allah macam tue? Rupa2nya tak ada. Jadi tak mungkin la aku neh teruk sangat perangainya kalau dok pertikaikan kezaliman pemimpin aku samada dia dah p tunai haji ataupun belum kan. 

Jadi cadangan aku kepada Najib. Dah pergi tunai umrah tue jangan setakat berhenti disitu aje. Jangan gunakan Islam sebagai perisai supaya rakyat kendurkan kemarahan. Selesaikan masalah rakyat. Kalau betul ko tue alim bagai. Jangan time p mekah aje ko tunjukkan diri ko tue alim. Tapi bila babitkan masalah rakyat haram ko nak tunjukkan ko tue alim seperti khalifah2 islam yang terdahulu. Baik tak payah.

Aku tak perlukan pemimpin yang asyik pergi haji dan umrah tapi masalah rakyat langsung tak selesai2. Bahkan tambah masalah lagi ada. Lebih baik selesaikan masalah rakyat dari sibuk tunjukkan diri ko alim dengan asyik pergi haji dan umrah aje. Itupun gunakan duit rakyat agaknya. Ini ayat mengundang orang balon aku neh. Mampos.

HAHAHAHAHAHA..


Untuk rekod aku belom pergi ke Mekah lagi. Ah apa lagi. Sesama rakyat marila tikam sesama kita semata2 nak angkat pemimpin2 zalim kita besar besaran.. bukan itu ke sikap  rakyat2 tertentu di negara neh?

Heh.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...