Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 Oktober 2012

Salah ke anak menteri pun sambut Halloween.. ?


Kesian menteri kita.

Kemain mereka buat kerja susah payah untuk bantu rakyat walaupun sebenarnya dibayar gaji kan.. hehehe.. tapi ada nya anak2 mereka yang tak faham kesibukkan mak bapak mereka dalam mencari rezeki untuk membesarkan mereka dengan sepenuh kasih sayang.

Menteri2 kita terlalu sibuk. Mereka sanggup korbankan masa dan tenaga demi kita. Mungkin disebabkan kesibukkan itu lah kadang2 mereka terlepas pandang apa yang dilakukan oleh anak2 kesayangan mereka. Kita neh bukan apa. Kadang2 kita buat salah tapi dapat nama buruk mak bapak kita juga.

Walaupun kita yang berdosa tapi yang kena hamun mak bapak kita. Kalau nak di ikutkan memang tak logik langsung anak2 buat dosa, mak bapak plak dipersalahkan. Kadang2 mak bapak dah didik anak2 tue elok2 tapi dah anak2 degil .. tetap langgar arahan. Tak pasal2 jek orang hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap menteri2 tersebut.

Biasa dah di malaysia hujung2 tahun jek confirm ramai yang celebrate halloween. Ramai yang kata halloween tue ada kaitan dengan kristian. Ritual2nya mendorong ke arah kristianist. Tapi dari apa yang aku perhatikan benda tue tak betul kot.. even tv3 sendiri pernah anjurkan even raikan halloween. Tapi takde la ritual2 kristian. Kiranya dah modified la.

Kalau dulu2 mungkin begitu kot. Tapi perayaan tersebut aku tengok telah ditrendykan. Mana tidak, kadang2 penganjur tue sendiri muslim bahkan ada yang tiada kaitan dengan kristian pun. 

Dorang p sana pakai topeng jadi hantu jadi syaitan menari2. Ada yang siap mabok2 lagi. Sebab ada arak. Ikut pandangan aku, aku perhatikan event seperti neh tidak sesuai disertai oleh umat islam kerana ;

1. Pakai seksi

2. Menyamar jadi syaitan. Part neh maybe syaitan happy2 jek kot. Meramaikan kaum dia le katakan.

3. Peluk2 antara lelaki perempuan.

4. Menari secara keterlaluan dengan lagu yang bukan2 dan lakukan aktiviti yang jelas tidak mencerminkan identiti islam.

So sudah sampai masanya untuk JAKIM memainkan peranan bersama2 menteri di jabatan perdana menteri bernama ustazah mashitah tue dan jamil khir selaku menteri agama untuk sama2 berganding bahu menerangkan mengenai sambutan halloween di malaysia bagi muslim.

Yang aku pelik tue asal benda boleh raya seme nak rayakan. Apa orang muslim neh desperate sangat nak beraya sakan ke apa? 2 jenis raya tue tak cukup ke?

Lagipun kesian la kat menteri2 kita. Mungkin dorang pun tatau camne nak terangkan kat anak2 dorang apa hukum sambutan halloween. Dah e-fatwa pun tak cakap apa2 takan kita nak melebih2 pula? Betul tak?

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...