Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan

Isnin, 24 Julai 2017

Najib Beri 6 'Hadiah' Buat FELDA - Adakah Warga Peneroka Akan Berubah Hati?

Jika sebelum ini kita sering membaca keluhan demi keluhan dari warga FELDA yang menanggung kerugian ataupun hutang beribu ringgit akibat;
- Kerugian saham FGV
- Penanaman semula
Tapi pada semalam semasa merasmikan Karnival Ekspresi FELDA Negaraku yang terakhir, yang berlangsung di Putrajaya Najib telah mengumumkan enam perkara yang disifatkan berita baik buat warga FELDA. 
Berikut adalah insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu;
1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta
2) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka melibatkan peruntukan RM519 juta.
3) Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820
4) Kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih daripada satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.
5) Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.
6) Dana khas RM300 juta diwujudkan untuk tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula melebihi jangkaan RM40,000.
Warga FELDA akan diberi 5,000 bagi tiap-tiap keluarga pada akhir bulan Ogos 2017. Selain itu, Najib juga mengumumkan yang sebanyak 77,000 peneroka akan dilupuskan baki hutang saham FGV dan bagi mereka yang telah habis membayar hutang pula akan diberikan wang sebanyak 1,820. 

Bagaimanapun Najib tidak menyatakan lanjut bilakah pemberian insentif seperti pelupusan hutang saham FGV dan penanaman semula akan dilaksanakan. Apa yang menjadi tanda-tanya, apakah pemberian-pemberian oleh Najib ini bersempena dengan kedatangan pilihanraya umum yang akan datang? Parlimen dijangka akan terbubar sendiri pada pertengahan tahun hadapan.

Dan adakah insentif-insentif ini mampu membuatkan warga FELDA yang berfahaman pembangkang atau mereka yang marahkan FELDA dan Isa Samad akan kembali menyokong Najib dan UMNO?

Cash is king. Jika itu berlaku maka perumpamaan ini sememangnya tepat.

Selasa, 20 Jun 2017

Selepas Jahanamkan Felda, Nak Rosakkan SPAD Pula, Netizens Kutuk Isa Samad Kaw-Kaw.

Sejak petang semalam, Isa Samad seakan menjadi manusia yang paling dibenci di Malaysia. Ini kerana gara-gara tindakan Datuk Seri Najib Razak yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. 

Isa Samad dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai pengerusi dari Felda Global Venture Holdings Bhd atau lebih dikenali sebagai FGV.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Isa berhenti sebagai Pengarah Dilantik Kerajaan dan beliau akan memberi tumpuan kepada urusan peribadi, memetik laporan Berita Harian.

Tambah laporan itu lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta.

Tindakan meletakkan Isa ke dalam SPAD tidak disenangi oleh majoriti netizens. Boleh dikatakan hampir kesemua komen di page-page Facebook berita mahupun orang awam meluahkan kemarahan mereka terhadap keputusan Najib itu.

Berikut kami siarkan sebahagian dari respon-respon netizens.

 


Dalam pada itu ramai juga yang tertanya-tanya kenapa Isa dilantik sebagai pemangku pengerusi? Dan apa akan jadi pada Syed Hamid Albar yang menjadi Pengerusi SPAD selama ini?

Ada juga yang membuat spekulasi tidak mungkin Isa mahu melepaskan jawatannya di FGV kerana perletakkan jawatan itu hanya membayangkan beliau berada di pihak yang bersalah; FELDA baru-baru ini dilanda kontroversi kem Isa dan kem Zakaria bertelagah di media berhubung isu dakwaan salahlaku yang membabitkan beberapa pemimpin utamanya.

Laporan The Star sebelum ini, memetik kenyataan Tan Sri Shahrir Samad yang membayangkan akan berlakunya rombakan kepimpinan FGV dalam masa terdekat dan 22 jam selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan dan dilantik ke SPAD serta-merta.

Andai benar Isa bermasalah, apakah meletakkan beliau di SPAD adalah langkah yang bijak? Melihatkan kredibliti Tan Sri Isa Samad sepanjang beliau mengendalikan FGV dan paras keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya, Najib sebenarnya hanya menambahkan satu lagi kesilapannya dalam senarai sedia ada. 

SPAD itu sendiri memerlukan rombakan dan kalau boleh lebih baik dihapuskan memandangkan agensi berkenaan kurang memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah berbangkit yang dihadapi oleh pengguna jalanraya dan meletakkan Isa Samad di sana hanyalah memperbesarkan lagi kesilapan yang sedang berlaku di dalam SPAD.

Khamis, 29 Disember 2016

Kenapa KWSP Melupuskan Saham FELDA Pada Nilai Yang Dirahsiakan - Apa Petandanya Apabila KWSP Pun Tak Hingin Saham FGV?

Oleh : Naraza Muda


Perkembangan terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melupuskan semua pegangan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menambahkan lagi keluh resah rakyat Malaysia terhadap kedudukan saham syarikat itu yang mula diniagakan sejak 2012 . 

Merujuk laporan beberapa portal berita, KWSP menegaskan bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam FGV. 

Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya. 

Pihak KWSP terpaksa melupuskan pemilikan saham ini berdasarkan prinsip mereka mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan peruntukan aset strategik. KWSP terpaksa menjual semua ekuiti FGV yang mereka miliki secara beransur-ansur sehingga tidak memilikinya lagi sehingga hari ini. 

Jika KWSP sudah hilang kepercayaan kepada FGV, bagaimana pula nasib peneroka Felda? Walaupun peneroka Felda memiliki hanya sekitar 2.5 peratus kedudukan dalam keseluruhan saham FGV, ia sudah pasti akan memberi kerugian dan kebimbangan masa depan saham mereka. 

Peneroka Felda hanya ditawarkan 800 unit saham dengan terpaksa membuat pinjaman daripada intitusi kewangan. Sehingga sekarang sudah empat tahun mereka masih membayar pinjaman ini setiap bulan secara potongan daripada hasil pendapatan jualan buah sawit atau getah mereka. 

Mana janji perdana menteri untuk menjadikan peneroka Felda menjadi sebahagian golongan yang berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju setelah penyenaraian FGV? Apakah durian runtuh RM15,000 setiap peneroka Felda sebelum penyenaraian FGV dulu satu langkah mengunci peneroka Felda untuk membiarkan Felda dibuat sesuka hati oleh pemimpin negara? 

Mereka juga bimbang mengenai kedudukan keseluruhan FGV, tanah seluas 360,000 hektar milik Felda sebelum ini juga telah diserahkan kepada FGV. Peneroka Felda sebelum ini banyak mendapat faedah daripada hasil tanah ini, antaranya peruntukan pembangunan sosial berjumlah RM60 juta setahun. Tanah ini juga mendatangkan hasil kepada kumpulan RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun. 


Apabila ia diserahkan kepada FGV, Felda dan peneroka sudah hilang satu aset yang bernilai buat mereka. Kesannya kepada kumpulan sangat ketara, juga kepada peneroka, sudah ada kumpulan mereka terpaksa berdemonstrasi di hadapan pejabat pengurusan kerana menuntut bayaran hasil jualan sawit mereka. 

Sebelum ini mereka sudah lama dibayar secara tunai dan tidak tertangguh, kini pihak pengurusan terpaksa meminta penangguhan dua minggu sehingga sebulan untuk melunaskan bayaran. 

Urus tadbir pengurusan tanam semula banyak menghadapi masalah. Felda juga sebelum ini mengaku 60 peratus pokok sawit mereka sudah tua dan perlu urusan penanaman semula segera bagi mengekalkan pengeluaran hasil sawit dan getah. 

Apakah jaminan kerajaan untuk menyelesaikan masalah Felda, FGV dan peneroka? Apakah dengan terus mengekalkan Tan Sri Isa Samad selama beberapa tahun lagi menerajui Felda, kerajaan yakin Isa boleh menyelesaikan semua masalah yang sedang melanda? 

Peneroka Felda yang kebanyakannya sudah berumur hanya mampu melihat pemimpin mereka menguruskan Felda. Dulu dengan harapan agar pemimpin mereka mampu mengekalkan kecemerlangan Felda tetapi kini harapan itu sudah terhakis. 

Naraza Muda 
pengerusi Hal Ehwal Felda PAS

Apa Hubungan Di Antara Najib & Sondakh Dan Kaitannya Dengan Keputusan FELDA Beli Saham Di Eagle High.

Oleh : A.Kadir Jasin.

PADA mulanya saya tidak bercadang menambah apa-apa lagi kepada apa yang telah saya tulis mengenai urusan jual-beli luar biasa yang membabitkan Felda/FGV dan Rajawali Group sejak tahun lalu.

Kalau pembaca berminat boleh rujuk tampalan bertajuk “FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh” pada 13 Jun 2015 di pautan ini.

Berkenaan silap mata korporat memindahkan pembelian 37 peratus saham ladang Eagle High (helang tinggi) daripada Felda Global Ventures (FGV) kepada sebuah anak syarikat Felda lain bernama FIC Properties Sdn Bhd, saya rasa komen Pengerusi CIMB, (Datuk Seri) Mohd Nazir Abdul Razak, lebih daripada memadai.

Sebagai orang korporat dan adik Perdana Menteri sendiri, saya yakin kebimbangan beliau adalah berasas. Nazir mahu Felda memberi justifikasi mengapa ia membayar harga yang rata-rata dianggap terlalu tinggi dan tidak mencerminkan realiti pasaran serta potensi aset.

FeIda membayar AS$505.4 juta (kira-kira RM2.3 bilion) atau tiga kali lebih mahal daripada harga purata 2015. Saya yakin tidak ada siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari dengan pasaran dan telus.

Peter Sondakh: Sahamnya naik tapi FGV turun
Anehnya, boleh kata semua urusan jual-beli oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang membabitkan Kumpulan Rajawali dan taukenya, Peter Sondakh, diselubungi misteri dan keluarbiasaan.

Misteri Rajawali

Banyak cerita saya dengar, termasuk daripada pembahas blog ini, yang memberi maklumat atas dasar sulit & persendirian mengenai pertalian di antara Najib dengan Sondakh.

Ada sesetengah maklumat itu memang saya pun tidak berani menyiarkannya sekali pun tanpa label P&C kerana terlalu peribadi dan sukar disahkan.

Cuma yang hendak saya tambah kali ini adalah beberapa kebetulan yang sedikit sebanyak menyokong khabar-khabar angin dan kisah misteri yang melibatkan perhubungan Najib-Sondakh.

Fakta-fakta yang akan saya sebutkan di bawah adalah maklumat awam. Sesiapa pun yang berminat dan tekun boleh memperolehnya di domain awam.


Antaranya:

1. Kalau Najib berketurunan Bugis yang buminya Sulawesi, Sondakh pula dilahirkan di Manado, Sulawesi.

2. Jikalau Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, Sondakh pun dilahirkan pada 23 Julai 1953 juga.

3. Najib beragama Islam dan sering mempamerkan keislamannya di khalayak ramai manakala Sondakh dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai pengamal setia agama Kristian.

4. Kebugisan Najib menjadi mutakhir dengan penganugerahan gelaran tertinggi Bugis “I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil” pada tahun 2005.

5. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009, tidak lama selepas itu Sondakh mendapat anugerah gelaran Tan Sri (kehormat) dan muncul sebagai penasihat Najib mengenai Indonesia.

6. Antara kepakaran Sondakh, menurut laporan akhbar The Star pada 23 Jun 2015 adalah menjual-beli syarikat dan membangun semula syarikat yang rugi.

7. Catatan Wikipedia bahasa Indonesia pula berkata, bintang Sondakh menjadi terang apabila berjaya merapati gerakan Orde Baru (New Order) pimpinan Allahyarham Presiden Suharto.


8. Urus niaga terawalnya dengan GLC Malaysia adalah penjualan saham miliknya dalam firma telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia (TM) pada tahun 2005 dengan harga AS$400 juta (nilai hari ini kira-kira RM1.8 bilion) dan sekali gus menjadikannya antara orang terkaya di Indonesia.

9. Tidak lama selepas penjualan kepada TM, Sondakh mula membeli aset-aset di Malaysia, termasuk aset milik Khazanah Nasional Berhad. Ini sangat menarik – dia jual asetnya di Indonesia kepada Khazanah (melalui TM) dan beli aset-aset Khazanah di Malaysia.

10. Timbul tanda tanya apakah Sondakh lebih menghargai aset-aset Khazanah di Malaysia daripada asetnya sendiri di Indonesia? Apakah penjualan Eagle High kepada Felda juga cara beliau menukar aset mentah yang belum produktif di Indonesia dengan aset matang dan teruji di Malaysia?

11. Antara aset Malaysia milik Sondakh termasuklah Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Four Seasons Resort Langkawi, Pusat Konvensyen Langkawi dan Hotel  St Regis, Langkawi. Hampir semua aset ini sama ada dibeli daripada Khazanah atau dibangunkan bersama Khazanah dengan kesemua atau sebahagian modalnya diperoleh dari pasaran tempatan.

12. Apakah Sondakh terlibat membantu Najib dengan apa cara jua dalam menangani skandal 1MDB/SRC, khususnya berkaitan misteri "kehilangan" orang yang terbabit langsung dengan skandal itu seperti Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin?

13. Akhir sekali, apakah urus niaga Felda-Rajawali ini ulang tayang kepada skim cepat kaya dan pengumpulan tabung pilihan raya seperti yang berlaku kepada 1MDB dan FGV sebelum PRU 2013?

Kesimpulannya, sebarang penghalusan mengenai urus niaga yang melibatkan Sondakh dan Malaysia tidak lengkap tanpa mendalami apa yang tersurat dan tersirat dalam perhubungan di antara Najib, keluarganya dan Peter Sondakh.

Wallahuaklam.

2 Tahun Kami Dilabelkan Penyangak & Penghasut Kerana Dedahkan Kerugian FELDA - Luah PAS.

DUA TAHUN KAMI DEDAHKAN ISU IKAN STURGEON BERNILAI RM135 JUTA

Dalam tempoh dua tahun ini kami dilabelkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek 'Felda Caviartive Blue Dream Park' di Kuala Tahan, Pahang.


Hari ini Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.



Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda.

Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61 juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.


"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.

Apapun bentuk Laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana  hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh-puluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka.

Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram.

Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini.

Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga. 

Antaranya isu pembelian apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda. 

Pembelian sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perancangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar.

Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima.

Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara.

Susulan Laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan.

Naraza Muda 
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
Terbitan Harakah pada 21 November 2016

FELDA Takde Duit Nak Tanam Semula Pokok Sekarang Nak Meminjam Untuk Beli Saham Pula?

Pada hari ini, saya hanya akan menumpukan kepada satu tanggungjawab Felda yang paling utama dan membawa kesan paling besar kepada peneroka di seluruh Malaysia. Sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan tanah-tanah rancangan di bawahnya, Felda menguruskan kerja tanam semula bagi pihak peneroka-peneroka.
Bagi peneroka yang ladang mereka telah mencapai umur matang tertentu, pokok kelapa sawit matang itu perlu ditebang dan ditanam semula. Oleh kerana kerja-kerja itu memakan modal pusingan yang besar, majoriti peneroka akan menyerahkan kerja tanam semula ini kepada Felda untuk diuruskan (hanya sebahagian kecil yang memilih untuk mengusahakan sendiri proses tanam semula).
Selain dari mengeluarkan modal pusingan untuk mengusahakan tanam semula, Felda juga memberikan elaun sara diri kepada peneroka sepanjang tempoh tanam semula hingga ke tempoh tertentu. Dalam tempoh ini, peneroka hanya mendapat gaji asas dan sebarang laba dari jualan kelapa sawit disimpan oleh Felda sebagai sebahagian dari pembayaran bagi modal pusingan yang dikeluarkan lebih awal. Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang didahulukan oleh Felda akan menjadi pinjaman yang perlu dilangsaikan oleh peneroka apabila mula menikmati hasil dari tanam semula itu.

Saya ingin merujuk kepada mukasurat-mukasurat berkenaan untuk menunjukkan kedudukan kewangan terkini dan perbelanjaan tahunan Felda yang diaudit setakat tahun berakhir 31 Disember 2014:
i. Mukasurat 168: Pendapatan di peringkat Felda hanyalah RM87 juta setahun. Jika diambil kira pendapatan di peringkat kumpulan yang disatukan, pendapatan tahunan kumpulan Felda hanyalah RM420 juta setahun.
ii. Mukasurat 168: Rugi bersih Felda adalah RM1 bilion (2014) dan RM2.3 (2013)
iii. Mukasurat 185: Perbelanjaan kasar untuk melaksanakan rancangan tanam semula untuk peneroka ialah RM2.5 bilion (2014) dan RM2.4 bilion (2013)
iv. Mukasurat 187: Baki tunai yang ada di akaun Felda hanyalah RM291 juta (2014) dan RM685 juta (2015)
v. Mukasurat 271: Jumlah hutang Felda adalah RM6.1 bilion (2014) dan RM5.7 bilion (2013)
Daripada angka-angka yang diaudit ini, boleh dirumuskan bahawa kedudukan kewangan sedia ada Felda adalah sangat lemah untuk melaksanakan tanggungjawabnya melaksanakan program tanam semula bagi pihak peneroka, atas sebab-sebab berikut:
1. Pendapatannya jauh lebih rendah dari jumlah tunai yang diperlukan untuk melaksanakan program tanam semula (RM87 juta setahun berbanding keperluan tunai RM2.5 bilion setahun)
2. Operasinya mengalami kerugian besar dan terus menghakis wang simpanan yang ada sehingga jatuh ke paras RM291 juta
3. Felda tidak lagi boleh berhutang kerana hutang sedia ada sudah terlalu tinggi iaitu RM6.1 bilion
Sebab itu sebarang urusniaga yang melibatkan hutang baru akan menyebabkan kedudukan kewangan dan keberhutangan Felda makin parah. Ini akan membawa kesan langsung kepada kecairan tunai Felda dan boleh menjejaskan keupayaan Felda untuk melaksanakan program tanam semula bagi peneroka-peneroka.
Saya akan turun menjelajah ke tanah perancangan Felda untuk menterjemahkan makna angka-angka ini agar peneroka Felda memberi isyarat jelas untuk menolak urusniaga membeli pegangan di dalam EPH yang bakal menambah hutang Felda sebanyak lebih RM2 bilion lagi.
Pada masa yang sama, saya mendesak supaya Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan serta merta di atas segala kerosakan yang telah dibuat ke atas Felda sepanjang beliau memegang jawatan tersebut. Beliau kini terpaksa berdepan dengan kemarahan peneroka Felda yang akan celik mata bahaya urusniaga ini kepada kelangsungan mereka apabila ladang-ladang mereka mungkin tidak dapat ditanam balik akibat kedudukan kewangan Felda yang nazak.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Jumaat, 1 Februari 2013

Surat arahan larangan ceramah politik tersebar.

Wow.

Korang tengok dulu surat kat bawah neh geng ;



Surat arahan ini dikeluarkan oleh err timbalan pengerusi apa tah. Aku takley baca. Sekarang neh aku cuma nak kan pengesahan jek. Adakah surat ini surat original? Jika ya maka apa sebab nya peneroka2 ini kena melarang ceramah politik di kawasan mereka?

Jika rasa parti pembangkang tak boleh masuk ke felda, kenapa tidak keluarkan perintah mahkamah menghalang kemasukkan krew mazlan aliman memasuki felda untuk sampaikan ceramah politik? Gunakanlah kuasa undang2.

Surat macam neh tiada kuasa.

Peneroka tak tertakluk kepada mesti patuh arahan tersebut.

Kalau peneroka langgar larangan so what? Adakah ko nak hukum dorang? Masukkan dorang dalam penjara?

Jadi, gunakan undang2 jika kau rasa ko hebat. Kita lawan guna undang2. Tengok siapa yang boleh masuk dan siapa yang tak boleh masuk.

Menghalang pakatan rakyat memasuki felda untuk berkempen membuktikan BN tidak yakin. Mereka tidak yakin dengan hujah2 mereka. Jadi daripada biarkan PR menyebarkan hujah2 dari PR elokla di halang terus PR dari memasuki felda. 

Once jika orang2 felda ternampak dan terdengar hujah2 PR mungkin FELDA bukan kubu kuat BN lagi. Kerana ini la satu2 nya tinggalan UMNO BARISAN NASIONAL apabila yang lain mula bertindak bijak dengan memalingkan muka mereka dari pemerintahan korupsi.

Bai. 

Sumber gambar : sini

Jumaat, 2 November 2012

Apsal harga sawit turun mendadak sangat neh?




ANAK telah menerima banyak aduan daripada peneroka mengenai pendapatan mereka yang semakin teruk. Ia ada kaitan dengan kejatuhan harga komoditi secara mendadak dan musim melawas yang berpanjangan.


Saya lampirkan salah satu paysheet peneroka yang kemudiannya dibuat pemotongan lagi oleh Ketua Blok. Hanya tinggal tidak sampai RM400 sebulan. ANAK sedang mengumpul lebih banyak bukti dari Felda2 seluru
h negara mengenai situasi ini. Ada khabar terbaru di sebelah Felda Raja Alias, ada peneroka berbaki RM60 sahaja. Kami akan siasat.


Dua kali temujanji ANAK dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok gagal. Hanya dapat berjumpa dengan Setpolnya sahaja. Tujuan pertemuan adalah untuk mendapat gambaran langsung dari Kerajaan punca sebenar kejatuhan harga komoditi sawit khususnya dan apakah langkah2 segera yang dilakukan. 


Kejatuhan mendadak harga komoditi memberi kesan kepada berjuta pekebun kecil luar bandar samada di kampung2, peneroka Felda dan peserta Felcra. Alasan persaingan minyak sawit Indonesia dan penghasilan kacang soya semata2 adalah tidak memadai. Ia skrip yang sama sejak dulu.


Kesian peneroka Felda, saham FGVH jatuh, harga komoditi pun jatuh......

Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh bantu?


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=291703644280623&set=pb.100003229707933.-2207520000.1351820937&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F57349_291703644280623_1225829226_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F155324_291703644280623_1225829226_n.jpg&size=1024%2C768

Ahad, 15 Julai 2012

Penembak tepat meh baca sini meh.

Penembak tepat tanya ;


Nah, ini lah jawapan dia oke ;


Lepas neh nak tanya apa pula?

Adakah sungguh mereka tue cina?

Adakah sungguh mereka tue cina berasal dari keluarga felda?

Adakah sungguh mereka bantah penyenaraian saham ataupun saja nak join demo?

Hak eneyyyyyyyyyyyyyyy........ pergi demo taknak. Komplain nak. Awat tak p sendiri, tanya sendiri dan dapatkan jawapannya sendiri? Tak semestinya pergi demo = menyokong. At least ko boleh clearkan otak ko yang bercelaru tue bhai.

Check lah. Buat lah kajian. Buatlah tinjauan. Betui ka yang hadir tue geng2 peneroka? Kalau tanya aku memang betul pasal muka stok orang2 yang dah berusia jek. Kalau wakil dap dah hadir tue maksudnya depa dah nyatakan tanda sokongan pun. Tak semestinya mereka bukan peneroka felda. 

Lagipun bukan itu yang ko nak tahu pun. Apa yang ko nak tahu ialah mana cina dap aje kan? Hah neh lah dia. Soklan ko dah menemukan jawapan nya dia beb. Lepas neh nak buka soklan baru boleh direct p kaunter pertanyaan oke.

kah kah kah

Maloooooooo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...