Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Mac 2011

WOW! Air kosong 0.40 sen segelas!



Apa perasan korang ble dapat tahu harga air kosong 40sen segelas? Gila biar betik. Air kosong pun 40sen segelas kalah yuran masuk toilet yang baru 30sen [kat tempat aku larh]. Heh

Tapi itulah yang dikatakan oleh persatuan pengguna pulau pinang baru2 neh. Berikut antara point2 menarik yang di utarakan oleh mereka ;

1. Harga makanan melonjak naik antara 20% - 167% sejak bulan lepas. Tinggi tue beb. Bukan sedikit kenaikan nya. Bayangkan kalau 20% untuk makanan yang berharga rm2 jadi 2.20sen. Kalau 100% jadi rm4. Kalau 167% plak? Hah korang kira sendiri. Heh

2. Sebab tue lah pengguna komplen sangat. rega barang makanan sekarang mahal beb. Aku beli bawang putih 7 biji [bukan ulas] tak pepasal rm3.17sen baru2 neh. Mahal betul. Itupun kat pasaraya. Kalau kat kedai runcit biasa tak dapat rega tue. Tak beli tak menjadi plak masakan aku. Camne?
3. Kata pegawai cap [persatuan pengguna pp] sebab2 peningkatan harga makanan kat restoran2 di malaysia neh disebabkan kos makanan import/tempatan yang meningkat naik seperti ;

- bawang putih
- kacang dal
- bawang besar
- rempah
- ayam
- daging
- daging kambing
- udang
- sayuran
- tepung beras
- telur
- susu pekat manis
- biji kopi
- serbuk teh

selain dari itu faktor kenaikan 
- gas
- petrol

juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan di malaysia.

Semalam kat group saya benci harga barang naik pun ada mengulas kenaikan susu tin pekat. Kalau nak tahu kat tempat aku neh ada ibu yang bagi anak susu [bayi 2 tahun ke bawah] guna susu tin sebab takde duit nak beli susu tepung. Bantuan jkm dan zakat plak takde. Usaha bantuan dah dibuat cuma dalam proses kelulusan. Lulus tak lulus taktahu larh aku. Memandangkan susu tin dah naik rega taktahu lah kalau aku dia mampu beli ke tidak. 

4. Kenaikan harga makanan bukan hanya brlaku di restoran2 org islam. Restoran cina dan india turut menaikkan harga jualan makanan mereka.

5. Tengok petikan kat bawah neh ;

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan. "Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya. Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lebih enam bulan lalu.

6. Kalau kat tempat aku milo ais rm2 kalau beli bungkus. Minum situ rm1.80. Tapi air sikit air batu je besar. Geram betul aku. Nak dimarahkan tokey.. rasa cam simpati so jalan terbaik tak payah minum kat kedai larh. Pandai2 lah beli milo + susu tin = buat milo sendiri. Nak jimat punya pasal. Heh

7. Kalau milo kat restoran pp masih rm1.30 segelas aku rasa okey kot. Sebab sebelum neh kat tempat aku rm1.50 sebelum naik dan terus naik.. rm1.30 tue teh ais kat tempat aku zaman dulu. Sekarang teh ais sebungkus dah cecah rm1.50.

8. Tapi gaji plak? Kat perak neh ada yang dapat rm350 sebulan. Macam mana dorang hidup aku pun taktahu. Rm350 belanja sebulan lepas bayar bill + petrol je kot aku rasa. Nak makan pun tak lepas. Murah kan gaji mereka? Kalau gaji yang paling mahal pun untuk budak2 lepasan sekolah rm450. Itupun kena kerja 10pagi-10malam. Nasib ada mak bapak tanggung makan. 

9. Kenaikan harga makanan telah menjadikan rakyat malaysia kedekut dan berkira. Aku pun rasa sejak-sejak harga beras dan gas memasak naik aku semakin kedekut. Kalau ada lori beras terbalik kat tempat aku mao aku rembat beras-beras tue. Beras free larh katakan. Peduli hapa aku dengan pandangan org lain. Orang yang jual beras tue pun halalkan aku rasa. Dia faham rakyat malaysia memang dah terdesak. So bagi mereka yang hanya tahu caci maki rakyat malaysia yang kutip wang syiling ke beras ke sayur ke ble ada accident patut cermin muka dulu. Nak selamatkan org macam mana kalau keadaan sendiri pun lebih kurang je. Heh

Kenaikan harga makanan effect kat seme rakyat malaysia tak kira bangsa atau agama dah. Kalau aku beli makanan mahal ko pun sama beli makanan dengan rega yang mahal gak. So nak jimat tang mana lagi? Kalau yang boleh memasak memanglah akan masak di rumah. Tapi yang tak boleh? Parah juga nak makan luar hari2. Mao tak bankrupt kalau dah rega segelas air kosong pun cecah 40sen segelas. Yang memasak pun bukan dapat jimat banyak mana beb.

Kerajaan daripada sibuk buat kempen jimat cermat eloklah jimatkan duit pengiklanan tue dan salurkan ke tempat yang lebih memerlukan. Golongan student pun ramai yang ikat perut ble pergi belajar. Ada sorang kat tempat aku tue belajar kat ukm sebelum pergi gemuk lepas pergi kurus. Ble aku tanya ko kurus kenapa? diet ke? Bukan diet tapi terpaksa diet sebab tak cukup duit nak makan. Dah nama student, makan pulak tak mampu kesian juga aku dengar. Macam mana lah nak cari grade cemerlang kalau makan pun tak terjaga. 

HITZfm doing a contest, wanna grab some cool prizes? click here ! 
Free aircond from MYfm! 

Ameno : Harga makanan utk 3 hari bg keluarga aku lagi mahal dari bill broadband aku.. apa hal?

Share this

16 Responses to " WOW! Air kosong 0.40 sen segelas! "

  1. ada kat satu kedai area melawati air suam segelas rm0.90

    ishhhh

    malaysia oh malaysia tanah air tempat tumpah darahku

    BalasPadam
  2. isu air kosong tu, amalkan je bawah air dari umah. selesai. kalau betul punya marah nak jimat bagi tokey kedai sakit hati, bawak je milo 3 in 1 pastu mintak air suam je. mmg cool gila tgk tokey kedai menyirap. huhu!

    BalasPadam
  3. nasib baik air suam kat depan opis aku ni free.. semalam member aku beli bawang rm 20 gila mahal

    BalasPadam
  4. tapi ada puak yg cakap "alaa.. bukan ada kesan pun naik harga minyak..tak mapu naikla basikal..bising jee" tak fikir yg pengngkutan barang2 mentah..upah gaji..sra hidup.. belum saman lagik tue..

    Post hangat!! Group gay di facebook

    http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/02/keluarga-mari-join-group-gay-malaysia.html

    BalasPadam
  5. air lebih mahal daripada petrol kan.
    haha.

    BalasPadam
  6. biasa la..kijer..3 Mac 2011 7:00 PTG

    biasala, akan ada satu puak yg kata..korang nie sume pemikiran tahap hamPAS..semua nk murah dan free jer..pegi la cari kerja tambahan k nek motor k masak kat rumah k..tau nak komplen jek..

    BalasPadam
  7. pelajar lapar3 Mac 2011 8:26 PTG

    aku yang belajar kat kelantan y kunun2nye makanan murah tak de murah mane pon. standard jek dengan harge kat johor tuh. lagi2 gune wet PTPTN tak cukup nak tanggungs tau sem. dah kene mintak wet mak bapak kat kg, berat2.

    BalasPadam
  8. as salam...klu korang nk taw,kt kuching,sarawak ni milo ais RM1.80 sejak 3 thn lepas lg...now ada lah dalam rm2.20. tp aku pelik tol la..org kt sini releks je...mula2 pelik gak aku..klu korang x caya,sila dtg kuching..

    BalasPadam
  9. kat sana mmg mahal.. tak payah cakaplah.. padahal gaji rendah.. konon nya alasan ada laut yg memisahkan semenanjung dengan sabah dan sarawak.. ;)

    BalasPadam
  10. stimbot kat jalan dbp rilek je air kosong satu jug rm7..ha3..

    BalasPadam
  11. Sampai camnie kan peniaga-peniaga terpaksa buat untuk cover harga kenaikan barang, Ternyata, makan di rumahpun mahal, makan di kedai lagik la mahal..apa yg kita perlu buat?? jimat cermat.. jimat sehabis cermat.. jgn membazir..

    hottest entry di blog khalis :
    Transformers real di China

    Rakaman sedetik sebelum Tsunami

    BalasPadam
  12. pekerja hotel paling teruk......gaji boleh dikatakan tahap rendah lagi......

    BalasPadam
  13. aku yang belajar kat kelantan y kunun2nye makanan murah tak de murah mane pon. standard jek dengan harge kat johor tuh. lagi2 gune wet PTPTN tak cukup nak tanggungs tau sem. dah kene mintak wet mak bapak kat kg, berat2.

    BalasPadam
  14. pekerja hotel paling teruk......gaji boleh dikatakan tahap rendah lagi......

    BalasPadam
  15. biasa la..kijer..6 Mei 2011 10:11 PTG

    biasala, akan ada satu puak yg kata..korang nie sume pemikiran tahap hamPAS..semua nk murah dan free jer..pegi la cari kerja tambahan k nek motor k masak kat rumah k..tau nak komplen jek..

    BalasPadam
  16. isu air kosong tu, amalkan je bawah air dari umah. selesai. kalau betul punya marah nak jimat bagi tokey kedai sakit hati, bawak je milo 3 in 1 pastu mintak air suam je. mmg cool gila tgk tokey kedai menyirap. huhu!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...