Berikut kat bawah inilah petikan respon balas Tuan Guru Nik Aziz terhadap tuduhan Najib kepada Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi baru-baru ini menerusi media antarabangsa yang kemudian nya najib menyalahkan laporan media tersebut. Ingat media tue macam buletin utama kot nak twist cerita sana sini. Mereka ada garis panduan dan kena jaga jenama product [paper] tersebut.
Kalau betul media tue twist citer, soh je media tersebut minta maaf secara terbuka .. amacam ada bran? Heh. Korang perhatikan perkataan yang aku dah boldkan kat bawah neh. Kita tengok samada media bn akan twistkan atau tidak kenyataan nik aziz neh kat media milik mereka. Sama-sama kita nanti.
Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.
“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.
“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.
“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.
Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).Bukan Islam
Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.
“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.Bersedia jadi pengganas!
“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.
“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.
“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.
“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”
Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.
“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.
“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.
Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.
Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.
“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.
“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Aku petik sekali lagi perkataan kat atas neh. Aku nak tengok samada media bn akan TWIST atau tidak perkataan neh. Kalau mereka TWIST statement neh sure dia akan jadi lebih kurang begini
"Nik Aziz kata Rasullulah SAW pengganas"
Lebih kurang begitulah.. Heh Dah banyak statement nik aziz diputarbelitkan sampai kita dah boleh detect apakah langkah mereka seterusnya.. ha ha ha
Ameno : Tak sabar menanti.. ataupun mereka dah termalu untuk twist sebab asyik kantoi jer? Ha Ha Ha
sangat suka cara pemikiran tuan guru nik aziz..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamnajib si botak memang bahlol... pakai lipstick cam pondan, patutlah pemikiran pun cam sial...
BalasPadamilmu mantik tuan guru tinggi =)
BalasPadamgunalah mata hati
ilmu mantik tuan guru tinggi =)
BalasPadamgunalah mata hati
Yusuf Al-Qardawi sememangnye ulama yg termahsyur di dunia Islam, itu mmg aq ta ley deny, aq sndri pon tabik spring kat beliau atas segala jasa n buah fikiran beliau yg sgt aq kagumi trhadap Islam, BUT, ini tidak bermaksod aq setuju dgn semua statement yg die buat, ni ha excerpt aq jumpe kat wiki
BalasPadam"He supports suicide attacks on all Israelis, including women[71][72] since he views the Israeli society as a "completely military" society that did not include any civilians.[73] He also considers pregnant women and their unborn babies to be valid targets on the ground that the babies could grow up to join the Israeli Army.[74]"
Kalau begitu la logik yg die gune, maksodnye askar Israel pon ade hak utk mass murder umat Islam di bumi Palestin, ta kira budak ke perempuan pregnant, sbb pemuda pemudi palestine jugk pon ade berkemungkinan besar utk jd tentera Hamas, bkn nye aq sokong tentera zionist laknatullah tu, tp bak kate newton third law of motion: whenever a first body exerts a force on a second body, the second body exerts a force on the first body. On this particular ground, i think it is somehow justifiable to label him as an advocate of terrorism. Suicide bombing itself also has no basis in Islam.
Klo da desperate na letupkan diri sendiri, buat la dkat military camp diorg ke, klo boley ranapkan trus umah PM diorg tu. Tp jgn la extremist sgt smpi sroh org Palestin attack civilians diorg, lagi bertambah alasan org Zionist bongok utk serang umat Palestin yg tde kne mngene dgn Hamas.
yeah..
BalasPadamhina jangan x hina...
bagus2...
kita melayu mmg hebat menghina org..
saudara2 kita seronok gak tgk kita cm nie
maju2...
kutuk selagi boleh...
kita kan bangsa x reti bersyukur...
ustaz ako ckp, org israel ney kite boleh bunuh even dy budak, pompuan or org tua.. sbb dlm otak dorang ney, kalo budak pon, mmg dah ditanam utk bencikan islam.. betol ke x?
BalasPadamsebabkan pm dah sokong barat dan israel..pengikut pon dah mula was2 dengan ulama' besar sendiri..istighfarlah.. Semoga Allah mengurniakan hidayah ke atas kita semua.. Admin tunjukkan jalan je..hidayah dan kefahaman milik Allah. Dalam solat dalam doa iftitah pon kita dahcakap..solatku suudku hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Apa2 yang datang dari Allah korang takkan nak tangguhkan or "kene nilai balik" or pape. Keadilan Allah bukan terletak pada kehendak orang ramai. Tak kisah lah sape menang PRU13 nti,..aku doakan pejuang Islam dan aku insyaAllah xbosan bergerak mencari keredhaan dan menyebarkan syiar Islam. Ingatlah...Islam datang dalam keganjilan dan pulang dalam keganjilan.. Islam takkan naik dengan sistem kufur (kapitalis,sosialis, komunism,demokrasi). Islam naik dengan sistem yang unggul...sistem Khilafah. Sesungguhnya manusia di dalam kerugiaan kecuali mereka yang beIman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan dengan haq dan kesabaran. Apabila datang pertolongan Allah kite tak payah risau, berduyun2 orang akan menuju dan beralan di jalan yang diredhaiNya.. Assalamu'alaikum=)
BalasPadam