Selasa, 5 Jun 2018

Wartawan Mengamuk Kakitangan SPRM Kacau Tugas Ketika Rakam Kelibat Rosmah Mansur.

Pagi tadi sedikit kecoh di ibu pejabat SPRM, Putrajaya apabila beberapa wartawan dilihat memarahi orang awam dan kakitangan SPRM yang nampaknya seperti 'excited' dengan kehadiran Rosmah.


Rosmah yang berbaju kurung biru, berselendang merah menutupi sebahagian rambutnya dan berbeg merah hadir ke pejabat SPRM dengan ditemani oleh anak perempua dan menantunya.

Datin Seri Rosmah Mansur dipanggil oleh SPRM ke pejabat itu bagi memberikan keterangan berhubung siasatan penyelewengan dana SRC International.

Ketika sedang menjalankan tugas untuk merakam kelibat Rosmah Mansur di laluan masuk ke kaunter khidmat pelanggan SPRM, terlihat beberapa lelaki melalui lorong tersebut lalu dimarahi oleh kumpulan wartawan itu.

"Bang, bang, bang, oii, oiii, mok, bodoh betullah," marah kumpulan wartawan itu yang bengang kerana lelaki itu bercakap dengan telefonnya di tengah-tengah jalan yang bakal dilalui oleh Rosmah Mansur.

"Bang, bang, oiii, bhaiii.. bhaiii, tepi, tepi.. bodoh betullah.. hei heii cibaiiii.. woiiii blah lahhh bang bang oii kacauuu lahh..," marah kumpulan wartawan itu lagi apabila melihat beberapa lelaki berkumpul di laluan masuk yang bakal dilalui Rosmah pada bila-bila masa. 

Beberapa wartawan juga mempersoalkan kakitangan SPRM yang keluar beramai-ramai untuk merakamkan kehadiran Rosmah Mansur ke pejabat SPRM.

"Apa ni? Kacau lahh. Pergi kerjalahh.. suruh dorang ambil gambar la, suruh dorang ambil gambar," marah wartawan-wartawan itu kepada kakitangan SPRM yang sedang berkumpul beramai-ramai di tangga sekaligus menutup peluang untuk wartawan merakamkan kelibat Rosmah yang memasuki pintu masuk ke pejabat SPRM.


Beberapa wartawan juga bercakap sesama sendiri mahu menyebarkan aksi kakitangan SPRM yang keluar dari pejabat bagi merakamkan kehadiran Rosmah kerana 'tuang kerja' dan main Facebook.

Berdasarkan dari rakaman live, kakitangan SPRM dilihat melimpah di ruangan tangga dan tingkat atas bagi merakamkan kehadiran Rosmah ke pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi. Kehadiran Rosmah nampaknya lebih dinanti-nantikan dan disambut berbanding kehadiran Najib ke lokasi yang sama. - 5 Jun 2018. 
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...