Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2018

Beberapa Peguam Najib Berhenti Serentak.

Beberapa peguam Najib dilaporkan berhenti secara serentak lapor Reuters hari ini. Laporan itu menyebut M.Puravalen telah menghentikan semua kerja guamannya berkaitan kes Najib dan Rosmah pada selasa.

M.Puravalen juga mengesahkan peguam kedua kepada keluarga itu, Datuk Mohd Yusof Zainal Abideen juga telah menghentikan khidmatnya.

Selain itu, seorang lagi peguam yang tidak dinamakan juga berhenti dari mewakili Najib.


Menurut laporan itu, setakat hari ini (selasa) tiga khidmat peguam telah berhenti mewakili Najib disebabkan tidak mencapai kesefahaman dalam kes yang disiasat ke atas Najib.

Datuk Mohd Yusof Zainal Abideen juga gagal dihubungi oleh wartawan Reuters bagi memberikan maklum balas mengenai kenyataan M.Puravalen. Untuk rekod, Datuk Mohd Yusof Zainal Abideen ialah bekas Peguamcara Negara yang juga terlibat dalam pendakwaan kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim pada tahun 2014.


Najib sebelum ini berulangkali menafikan berlakunya penyelewengan dan salahlaku dalam skandal 1MDB dan SRC International.

Rosmah pagi ini tiba di pejabat SPRM Putrajaya untuk memberikan keterangan berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah 42.14 juta yang dilaporkan dipindah dari akaun 1MDB ke SRC International.

Jumlah itu antara sebahagian yang dilaporkan diselewengkan oleh Najib menerusi 1MDB ketika ia mula dibongkarkan sekitar tahun 2015.

Setakat ini sekurang-kurangnya lima peguam Najib dilaporkan telah berhenti termasuklah Harpal Singh. - 5 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...