Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2018

Netizens Pertikaikan Peranan Anwar Selepas Agong Setuju Lantik Tommy Thomas.

Yang Dipertuan Agong dilaporkan bersetuju melantik Tommy Thomas selepas Anwar dimaklumkan masuk mengadap Istana Negara bagi berjumpa dan berunding dengan Agong berhubung kemelut jawatan Peguam Negara.

Pada awalnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil melaporkan Anwar akan ke Istana Negara berjumpa dengan Agong bagi membincangkan isu perlantikan jawatan Peguam Negara.

"Saya boleh sahkan bahawa DS @anwaribrahim malam ini menghadap DYMM SPB YDP Agong malam ini berkenaan isu pelantikan Peguam Negara," tulis Fahmi di Twitternya pada jam 10.02 malam tadi. 

Selepas beberapa jam berlalu, Istana Negara kemudiannya mengeluarkan kenyataan media yang bersetuju melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru bagi mengantikan Muhammad Apandi Ali.

Dipercayai rundingan dengan Anwar berjalan lancar dan Agong akhirnya bersetuju.


Beberapa pihak kemudiannya beranggapan Anwar berjaya memainkan peranan dengan baik kerana menamatkan polemik perlantikan Peguam Negara antara pihak istana dengan kerajaan pimpinan Tun Mahathir.


Namun bagi sesetengah netizens, tindakan menggunakan Anwar sebagai pemudahcara adalah kurang tepat kerana Anwar bukanlah individu yang mempunyai jawatan rasmi di dalam kerajaan ketika ini.



"Ketua Umum jawatan parti bukan jawatan kabinet. AG dilantik atas nasihat PM iaitu anggota kabinet," tulis Al Rashid Zulkefli yang mempertikaikan perkara itu.

Beberapa netizens dilihat turut menyokong kenyataannya itu.

Namun ada juga pihak yang bersetuju dengan tindakan Anwar kerana ia telah menyelesaikan konflik. 

Menurut peguam Syahredzan Johan, Anwar berjumpa Agong atas kapasiti Ketua Umum Pakatan Harapan dan tidak salahnya berbuat demikian.

"Ramai asyik bertanya, siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tu yang nak berjumpa dengan YDPA? Dia ialah Ketua Umum Pakatan Harapan. Jadi dia boleh bertemu Agong atas kapasiti jawatan itu. Jika pertemuan itu mengundang kepada penyelesaian, apa masalahnya?," tulis Syahredzan di Twitternya semalam. - 5 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...