Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Jun 2018

PAS Perlu Masa Untuk Tunaikan Manifesto, Beri Contoh PH Pun Belum Lunaskan Semua Janji..

Oleh : Berita Harian

PAS memerlukan tempoh untuk melunaskan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.




Beliau berkata, antara manifesto yang dijanjikan adalah penubuhan kolej wanita yang memerlukan proses dan prosedur yang teliti.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri ada melaksanakan beberapa perkara antaranya sumbangan kepada pengayuh beca, bantuan RM100 kepada murid menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan pengecualian cukai pintu sebelum PRU-14 lalu.

"Yang lain kena ambil masa, contohnya penubuhan kolej wanita, kena buat kertas kerja yang lengkap.

"Kita ada lima tahun...PH (Pakatan Harapan) pun belum buat lagi, cuma (penghapusan) GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) saja,"
katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kuih raya daripada kerajaan negeri kepada pasukan keselamatan di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sebanyak 13,200 paket kuih raya diserahkan kepada 16 agensi termasuk tentera, polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), bomba, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri turut berjanji menaik taraf skim perkhidmatan guru YIK sama ada yang berstatus tetap atau sandaran dan ia menjangka akan memakan masa setahun untuk proses itu.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, sumbangan tahunan kuih raya itu adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada pasukan penguat kuasa yang berkorban menjalankan tugas.

"Sumbangan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dengan keselamatan serta keamanan negara sangat besar, malah tidak ternilai.

"Pengorbanan murni mereka perlu dihargai kerana perlu bertugas dalam apa juga situasi tanpa mengira masa dan ramai yang terpaksa berjauhan daripada keluarga ketika menyambut raya,"
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...