Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2018

Persoalkan Kenapa Pembangkang Dapat Peruntukan RM100K Sahaja, Wee Ka Siong Diseru Jangan Hipokrit.

Oleh : Syahredzan Johan
 
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden MCA, YB Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa Kerajaan Persekutuan ‘tidak adil’ dengan memberikan peruntukan RM100,000.00 kepada ahli Parlimen pembangkang berbanding dengan RM500,000.00 untuk ahli Parlimen Kerajaan, secara prinsipnya apa yang dikatakan oleh YB Datuk Seri Wee tersebut adalah benar.




Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peruntukan yang sama rata untuk setiap ahli Parlimen tidak kira parti, dengan syarat bahawa peruntukan tersebut diaudit untuk memastikan ia digunakan untuk rakyat dan bukan tujuan lain.

Namun demikian, YB Datuk Seri Wee tidak pernah pula membangkitkan atau membantah tindakan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dahulu yang tidak langsung memberikan apa-apa peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Pernahkah YB Datuk Seri Wee terfikir tentang atau bersimpati dengan ahli Parlimen pembangkang sebelum ini yang terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka dengan peruntukan RM0.00 daripada Kerajaan Persekutuan?

Maka adalah lebih baik YB Datuk Seri Wee membiarkan sahaja rakyat dan NGO-NGO yang berkenaan untuk membangkitkan isu ini, kerana sebagai seorang ahli Parlimen BN, yang pernah berada dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, beliau akan dilihat sebagai hipokrit apabila membangkitkan perkara ini.

Beliau langsung tidak mempunyai legitimasi untuk menuduh bahawa Kerajaan tidak berlaku adil apabila sebelum ini Kerajaan yang dianggotainya sendiri 'menzalimi' ahli Parlimen pembangkang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...