Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2018

Dan Bagaimana Hutang 1MDB Menyusahkan Rakyat Malaysia - Muhammad Najib.

Oleh : Muhammad Najib
 

“Kan MOF dah ambil alih semua aset 1MDB masa rasionalisasi hari tu. 1MDB jadi shell company, MOF pula akan sambung pinjaman dan bayar hutang bila due.”

Kata seorang macai pembangkang.




Salam buka gelanggang,

Kita tengok balik sejarah 1MDB.

Asalnya 1MDB ini bermula dari Terengganu Investment Authority (TIA) milik kerajaan Terengganu selaku satu sovereign wealth fund. Sovereign wealth fund ini adalah dana pelaburan milik kerajaan. TIA bermula dengan dana sebanyak RM11 bilion, di mana RM6 bilion terdiri dari tunggakan royalti minyak Terengganu dan lagi RM5 bilion melalui jaminan Kerajaan Persekutuan bersandarkan pendapat minyak Terengganu di masa hadapan.

Sedap orang Ganu, boleh bina sekolah ada aircond sokmo.

Tapi pada tahun 2009, Perdana Menteri yang disayangi merangkap Menteri Kewangan membuat keputusan untuk mengambil alih TIA dan ditukar nama kepada 1MDB. 1MDB ini diletakkan di bawah Minister Of Finance Incorporated (MOFI), badan korporat di bawah Kementerian Kewangan (MOF). 1MDB ini bukan lagi satu sovereign wealth fund, tapi telah berubah menjadi syarikat pembangunan strategik. Najib selaku PM kemudian mengarahkan Menteri Kewangan iaitu Najib untuk melantik Najib sebagai kepala 1MDB. Keputusan mengubah TIA kepada 1MDB dibuat supaya faedah dari 1MDB dapat dinikmati semua rakyat Malaysia dan bukan terhad pada rakyat Terengganu sahaja.

Kesian orang Ganu, melepas sokmo.

Selaku syarikat pembangunan strategik, kerja 1MDB adalah melibatkan diri dalam pelaburan di dalam dan luar negara. Lebihnya kau bacalah status aku semalam.

Pokok pangkalnya, matlamat 1MDB adalah untuk buat duit. Modal berbayar 1MDB ialah RM1,000,002.

Pertukaran TIA kepada 1MDB ini ada isu juga. Kerajaan negeri Terengganu tidak bersetuju dan Sultan Terengganu juga sependapat. Tapi ia diteruskan. Tunggakan royalti minyak sebanyak RM6 bilion aku tak pasti dibayar atau tidak, tapi 1MDB berjaya mendapatkan RM5 bilion melalui terbitan nota dengan jaminan Kerajaan Persekutuan.

Dengan duit yang ada, 1MDB memulakan pelaburan dalam ekuiti, nota murabahah dan dana portfolio. Dia buat joint venture kat sana, dia buat joint venture kat sini, dia buat joint venture kat sinun. Kemudian lupus ekuiti, buat asset swap arrangement, call and put option dan entah apa benda lagi yang berbelit supaya orang kampung tak faham. Yang faham dan puas hati hanya lebai dan teknokrat PAS agaknya.

Apa pun, semua benda berbelit ni kalau kau nak tahu adalah kaedah yang selalu digunakan bila penggubahan wang haram berlaku.

1MDB juga turut melabur dalam sektor hartanah. Ada lima aset hartanah, tapi dua yang cukup dikenali ramai adalah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Untuk bangunkan TRX, 1MDB terpaksa jual plot tanah di TRX. Lima plot berjaya dijual dengan harga RM1.358 bilion, tapi sebanyak RM1.095 bilion terpaksa digunakan 1MDB untuk bayar hutang lain. Dana revolving credit sebanyak RM229.5 juta yang patutnya digunakan untuk membangunkan TRX juga tidak digunakan sebab khabarnya guna untuk langsai hutang lain. Kesannya projek TRX mengalami masalah dan terpaksa dipindah milik kepada MOFI.

Bandar Malaysia pun sama juga. Duit sebanyak RM288 juta dari RM1.117 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk bayar hutang 1MDB. Kemudian sejumlah RM1.926 bilion dari RM3.75 bilion duit pinjaman dan sukuk digunakan untuk bayar hutang 1MDB, bukannya untuk membangunkan Bandar Malaysia. Sudahnya, Bandar Malaysia dijual kepada syarikat lain.

Tak cukup dengan itu, 1MDB melabur pula dalam sektor tenaga. Beberapa loji janakuasa dibeli, ada antaranya pada harga yang lebih mahal dari sepatutnya. Sebanyak RM18.25 bilion dibelanjakan untuk pelaburan ini, menggunakan duit pinjaman baru. Tetapi pulangan dari penjualan tenaga tidak dapat menampung kos bayaran balik pinjaman. Sudahnya 1MDB jual semua aset tenaga kepada syarikat China dengan harga RM9.83 bilion. Ya, beli 18 bilion jual balik tak sampai 10.

Dan yang lebih kartun, walaupun dah jual aset tenaga pada syarikat China, tapi hutang pinjaman aset-aset tersebut masih 1MDB yang kena langsaikan.

1MDB ini pinjam sampai berbilion-bilion, tapi modal yang dia ada hanya RM1 juta. Dari berbilion duit pinjaman itu tadi, disyaki RM2.6 bilion kena kelepet berserta beberapa juta lagi yang dimakan oleh melukut tepi gantang yang lain. Dan dalam kes TRX dan Bandar Malaysia pula, sebelum MOF ambil alih aset hartanah tu pun duit peruntukan yang ada telah kena rembat untuk bayar hutang lain.

Ada macai yang cakap, 1MDB terpaksa berhutang sebab tak ada tunai yang banyak. Ya, tak salah berhutang tapi kena bijak berhutang tu bagaimana. Kalau kita beli tanah untuk tanam kelapa sawit, hutang pinjaman beli tanah tu kita panjangkan lebih 10 tahun supaya ansuran bulanan murah dan ada hasil untuk buat pusingan modal.

Dalam kes 1MDB, dia berhutang kemudian berhutang lagi untuk bayar hutang yang pertama dan kemudian berhutang dan berhutang lagi. Tanah yang dibeli tak dibangunkan atau lambat dibangunkan, tapi tempoh pinjaman hutang terlalu singkat. Duit tak ada tapi 2023 nanti dah nak kena bayar RM14.74 bilion. Mana tak sakit, bro?

Yang kita sakit hati, dalam pelan rasionalisasi Arul Kanda pergi seluruh negara gebang yang 1MDB boleh jual aset dan hasil jualan aset itu akan guna untuk bayar hutang. Hakikatnya kau jual aset pun belum boleh cover habis, sebab itulah MOF kena top-up senyap-senyap sebanyak RM7 bilion.

Dan yang lagi kita sakit hati, rupanya ansuran hujung bulan pun tak lepas nampaknya.

Ya betul cakap macai pembangkang, MOF kenalah tanggung hutang 1MDB. Tapi kalau difikir balik, kalau tak ada 1MDB pastinya tabung MOF tu tak susut macam tangki air bocor yang berlaku sekarang.

Kita kena kasihan pada diri kita sendiri kerana sekarang, rakyat Malaysia yang tanggung hutang 1MDB ini. Dan lagi kasihan ialah rakyat Terengganu, sudahlah tabung TIA mereka kena kelepet, tak pasal-pasal pula kena tanggung hutang 1MDB dengan rakyat negeri lain sekarang. RM11 bilion yang dijanjikan kepada rakyat Terengganu pun tinggal habuk je.

Kita selamat kalau 1MDB ni tak wujud dulu. Hell, agaknya kita lagi selamat kalau Najib tak jadi PM hari tu dan dapat idea buat benda merapu 1Malaysia ini semua, termasuklah 1Malaysia Development Berhad.

What the hell?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...