Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2018

Perjanjian ECRL Tiada Klausa Penamatan, Perlu Bayar RM22 Billion 30 Hari Jika Dibatalkan Undang Kemarahan Netizens.

Pampasan pembatalan sebanyak RM22 billion banyaknya jika batalkan projek ECRL lapor The Malaysian Insight pada rabu.


Selain itu pampasan yang tinggi, perjanjian ECRL juga ditanda-tangani tanpa klausa penamatan yang memaksa Malaysia membayar gantirugi dalam masa 30 hari masa bekerja.

Perkara yang membinggungkan kerajaan baru ini juga antara yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri masih mengkaji langkah terbaik dalam projek ECRL.

Untuk rekod, ECRL fasa pertama telah siap sebanyak 20%. 

Netizens juga tidak ketinggalan mengulas hal tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Antaranya Fuad Omar yang berang apabila mengetahui hal itu menulis di Facebooknya, "Maklumat awal mengenai ECRL, Perjanjian yang dibuat dengan Exim Bank China adalah tanpa Exit Clause, atau dalam bahasa mudah Perjanjian Bulan Bintang. Perjanjian seumpama inilah yang menyebabkan Sultan Kedah kehilangan Pulau Pinang kepada Francis Light.

Kalau tadi saya katakan, berdasarkan Laporan JAN 1MDB dan Red File, Umno telah membogelkan orang Melayu, strip naked and expecting us to run on the street, kali ni bukan setakat bogel, siap dengan cukoq habih bulu and run...terima kasih banyak Umno, bukan sekat menjatuhkan maruah orang Melayu, malah oanrg Melayu akan dipariahkan, jika maklumat ini betul.????

My apology, terkasaq sikit, nawaitu aku nak bagi hangpa paham what it means by Agreement Without Exit Clause,"
katanya.


Oleh : The Malaysian Insight

HAMPIR 20% fasa satu Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang kontroversial sudah sempurna.

Justeru, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan projek itu, ia perlu mengeluarkan sejumlah pampasan dan penalti sebanyak RM22 bilion.

Landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu menjadi tumpuan kritikan yang dianggap sebagai projek mega bernilai RM66 bilion yang tidak mampu dilaksanakan oleh Malaysia.

Dokumen yang dilihat oleh The Malaysian Insight menunjukkan pakej pampasan ini termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan.

Sebarang pertikaian mengenai jumlah pampasan mungkin diselesaikan melalui timbang tara, satu proses yang boleh mengambil masa beberapa tahun.

Malah lebih membebankan adalah kontrak yang ditandatangani bersama Exim Bank of China.

Pinjaman dengan institusi kewangan itu tidak mempunyai klausa penamatan dan sebarang penamatan kontrak hasil jika memungkir pinjaman perlu dibayar balik dalam tempoh 30 hari perniagaan.

Exim Bank menyediakan 85% pembiayaan pinjaman untuk projek ECRL dan selebihnya disediakan oleh bank tempatan melalui pembiayaan sukuk.

Kerajaan PH menyuarakan kebingungannya mengenai masalah infrastruktur yang ditandatangani antara kerajaan Najib Razak dan syarikat China.

Aduan utama mereka ialah harga yang melambung bagi semua projek ini dan kebergunaannya kepada Malaysia.

Suasana dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad kini adalah untuk menamatkan sebanyak kontrak yang boleh.

Tetapi beberapa hari kebelakangan ini, pihak berpengaruh nampaknya lebih berhati-hati dalam membincangkan hal projek infrastruktur oleh syarikat China.

Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata kontrak perniagaan dengan China akan ditangani dengan cara diplomatik.

"China sangat penting untuk kita. Kami sangat menikmati hubungan rapat, tetapi malangnya di bawah pentadbiran terdahulu, banyak kontrak Cina dicemari, sukar difahami dan syaratnya hanya menyebelahi satu pihak," katanya kepada Star.

Beliau berkata sebarang pembatalan atau kajian semula projek akan dikendalikan melalui saluran diplomatik.

Daim memulakan saluran komunikasi dengan duta China, Bai Tian.

Di pihaknya, syarikat di sebalik ECRL sedang menyiapkan unjuran senario kes terbaik dan terburuk bagi kerajaan Malaysia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...