Isnin, 4 Jun 2018

Nasrudin Tantawi Bantah Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan atau lebih dikenali Ustaz Nasruddin Tantawi membantah percalonan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru.

Menurut Ketua Penerangan PAS itu, Tommy terlalu banyak menulis mengenai negara sekular yang mengambarkan beliau seorang yang tegar sekular disamping pencalonan Tommy turut dibantah oleh Agung.




"BANTAH TOMMY THOMAS SEBAGAI AG

Pagi ini terganggu sedikit dengan berita cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Apa yang saya tahu beliau banyak menulis mengenai Malaysia adalah Negara Sekular (menggambarkan beliau adalah tegar sekular) dan cadangan perlantikan beliau ditolak oleh Yang Di Pertuan Agong.

Apakah tiada tokoh peguam lain yang lebih berkaliber malah mampu menasihati pemerintah dalam perkara yang memberi kebaikan pada kedudukan agama dalam negara ini khasnya berkait hubungan agama dengan undang-undang negara?,"
soalnya dalam satu kenyataan pada ahad.


Kenyataan yang telah dikongsikan lebih dari seribu kali itu mendapat respon pelbagai dari netizens yang memberikan reaksi balas.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Nasruddin itu.

Bagaimanapun sesetengah netizens kemudiannya menempelak kritikan tersebut dengan mempersoalkan PAS yang pernah melantik Tommy Thomas sebagai peguam mewakili Kerajaan Kelantan atas kes pertikaian tuntutan royalti Petronas dari kerajaan pusat suatu ketika dahulu. - 3 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...