Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Jun 2013

Flash mob dan Occupy bukan budaya Malaysia

kah kah kah

Like menteri like followers. Ahmad Maslan kita ada protege now.

Kelakar la dorang neh. Asal tak sokong je dengan benda2 yang para aktivis pro rakyat buat, terus bagi hujah benda tue bukan budaya kita.. mana boleh buat blablabla dan seterusnya dengan hujah2 bodoh lagi membodohkan.

Korang neh something problem ke apa?

Akedemi fantasia budaya orang Malaysia? Tak pernah nampak pun korang kondem2 gegila sampai buat sidang media. Ada?

Dah tue, apa sebab korang menyibuk bab flashmob dan occupy? Sebab itu politik? Sebab babitkan parti yang korang sokong? Sebab akan menyebabkan rakyat buka mata dan celik politik?

Kalau rancangan2 yang bukan budaya kita, yang dibawa untuk melalaikan umat islam dan memesongkan pemikiran mereka agar berfikir selain dari memikirkan isu2 pentadbiran, oke?

Kalau didik minda mereka agar berfikir baik buruk satu2 polisi yang BN bawa di negara neh, tak boleh?

Apa punya spesis la manusia2 macam korang. Kita neh nak bagi manusia makin lama makin baik, makin nak suruh mereka rajin berfikir, rajin menganalisa, rajin mengambil tahu hal negara, supaya sama2 dapat menyumbang. Yang korang pula lagi suka rakyat terus diperbodoh2kan asalkan mereka semua sokong BN.

Bullshit.

Sorry. Agenda memperbodohkan rakyat marhaen neh aku tak setuju. Baik sapa pun yang buat. BN ka PR ka mana2 partisan sekalipun, aku memang tolak agenda pembodohan rakyat. Lantak la korang nak cakap apa pun.

BTW, aku tatau pula ada latihan2 untuk belajar buat occupy dan flashmob neh. Siap orang luar buat cawangan parti di negara neh lagi. Siap buat latihan lagi. Nampaknya kelab aka NGO yang sengaja ditubuhkan untuk balon PR neh, ada maklumat berkenaan hal tersebut. Boleh bagi tak pada aku? Sebab aku pun nak menjalani latihan jatuhkan 'kerajaan' tue.

Macam best jek.

KAH KAH KAH


Rakyat Malaysia sewajarnya sedar budaya flash mob dan occupy adalah elemen melampau yang diimport dari negara luar untuk menghakis amalan sebenar demokrasi yang telah lama wujud di negara ini. Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang sebuah parti politik luar negara telah membuka cawangan di Malaysia bagi melatih gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Sebelum ini kita tidak pernah dengar istilah flash mob dan occupy ataupun himpunan seperti 505, dari mana datangnya semua ini?. Ini adalah idea-idea asing yang diimport berlandaskan kepentingan politik negara luar.
"Idea-idea ini dibawa dalam politik Malaysia dengan harapan kononnya keterbukaan demokrasi seolah-olah Malaysia tiada demokrasi, tetapi mereka telah menyeleweng nama demokrasi sehingga mewujudkan huru-hara dalam negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dzulkarnain, kebanyakan latihan untuk menjatuhkan kerajaan telah diberikan kepada penyokong parti pembangkang dan pembiayaan kewangan turut diberikan. "Mereka biayai semua kos, penginapan, makan minum serta ada yang dibawa melancong ke luar negara, ini dilakukan untuk melatih organisasi menjadi kuat dan tersusun bagi menumbangkan kerajaan," katanya yang juga bekas Pengarang Suara Keadilan.

Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130622/dn_03/Flash-mob-dan-Occupy-bukan-budaya-Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...