Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Jun 2013

Penjelasan Khalid Ibrahim Isu Tertidur Dalam Sidang Media..

Semalam tv3 ada melaporkan yang Khalid Ibrahim terlelap sambil mengigau [bercakap pelan2] ketika sidang akhbar bersama para petugas media di lobi dewan negeri. 

Rujuk gambar yang aku snap shot semalam kat bawah neh hah ;


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bersikap terbuka dengan penyiaran berita beliau terlelap pada sidang media semalam yang disiarkan Buletin Utama malam tadi.

Mengulas insiden itu berliau berkata, sebagai manusia ada kalanya beliau tidak sihat.


"Saya bersikap terbuka terhadap laporan saya terlelap di TV malam tadi. Sebagai manusia, ada kalanya kita tidak sihat. 

"Rakyat boleh menilai komitmen saya pada kerja. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan selamat," katanya melalui facebook hari ini.


TV3 malam tadi menyiarkan berita keadaan Abdul Khalid terlelap kira-kira 15 saat ketika bercakap pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam penjelasan oleh pegawainya, keadaan itu berlaku kerana Abdul Khalid tidak sihat dan terlalu mengantuk kerana kesan daripada ubat darah tinggi yang diambilnya.

Sementara itu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini kelihatan kembali sihat dan bersemangat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau ditemui di Majlis Perasmian Program Temasya Adat dan Warisan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Istana Bandar di sini pagi tadi.

Beliau juga menyempurnakan upacara simbolik perasmian majlis dengan memanah belon sebelum dibawa melawat ke ruang pameran di dalam istana.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.

“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkang itu.

Aku tengok laporan berita tue. Aku sejujurnya nak bagitau yang tv3 tak la laporkan dengan cara yang keterlaluan. Just bagitau yang MB Selangor terlelap ketika sidang media. Cara laporan tue pun agak berhemah dan tidak melampaui batas. Biasa2 jek.


Cuma bila dia buat iklan2 dan higlight klip2 MB Selangor terlelap, pada awalnya aku target dia nak kutuk2. 

Tapi bila dah sampai kepada laporan sebenarnya, mereka tak la kutuk2 dia. Oke la tue. At least ramai orang tahu yang dia sakit.. dah tue boleh la pakat2 doakan dia agar sembuh cepat dan sihat seperti sedia kala.

Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...