Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Mac 2019

Penjualan Hotel Royal Chulan Belum Muktamad 100% - SU Mat Sabu Jawab Najib.

KENYATAAN MEDIA | HOTEL ROYAL CHULAN BUKIT BINTANG MASIH LAGI MILIK BOUSTEAD

 
Perjanjian Jual Beli Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik anak syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dengan Hotel Royal Limited adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Pembeli memperolehi kebenaran dari Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi tujuan pembelian Hotel tersebut;

(ii) Pembeli memperolehi kebenaran dari Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan pembelian Hotel tersebut di bawah peruntukan 433B Kanun Tanah Negara, 1965; dan

(iii) Pembeli memenuhi kesemua syarat dan peruntukan penyenaraian yang ditetapkan oleh Singapore Exchange Securities Trading Limited (‘SGX”).


Kesemua syarat-syarat di atas masih belum dipenuhi dan dengan itu Hotel Royal Chulan Bukit Bintang masih lagi milik Boustead.

Dan sekiranya salah satu daripada syarat yang tersebut di atas tidak dipenuhi, penjualan tersebut tidak akan terlaksana.

Apa sahaja yang dilakukan Boustead mengikut tatacara yang betul bagi memastikan sejarah zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak tidak akan berulang seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara kleptokrasi.

Kita tidak akan lupa bagaimana Malaysia pada zaman Najib seringkali mendapat liputan media antarabangsa seperti Washington Post, The New York Times, South China Morning Post, Sydney Morning Herald, Wall Street Journal dan banyak lagi mengenai skandal dan penyelewengan bekas perdana menteri itu.

Itu belum lagi skandal-skandal Najib yang lain dan jika disebutkan di sini akan menjadi terlalu panjang.

Semua ini adalah fakta dan sebab itu Najib ketika diwawancara oleh wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley pada Oktober 2018, bekas perdana menteri itu melarikan diri.

Wawancara Al Jazeera itu diktiraf dan memenangi anugerah terkemuka di London, United Kingdom kerana dianggap sebagai sebuah wawancara yang terbaik sehingga menyebabkan seorang bekas perdana menteri yang berdepan dengan skandal kleptokrasi terbesar di dunia melarikan diri.

Najib lari kerana beliau bersalah.

Kalau Najib dipihak yang benar, beliau pasti berani mempertahankannya.

Lebih baik baling mikrofon untuk membela rakyat daripada mencuri harta negara dan melarikan diri ketika ditanya.

AMIN SHAH BIN ISKANDAR,
SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI PERTAHANAN

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...