Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Mac 2019

'Dr. Strange' Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Mokhazani Kerana Enggan Dianggap Anti Yahudi.

MALAYSIAKINI | Pelakon yang membawa watak utama sebagai Doktor Strange dikatakan memutuskan hubungannya dengan salah seorang pengarah syarikat penerbitan filemnya ekoran kenyataan anti-Yahudi dibuat Dr Mahathir Mohamad.
 

 
Menurut Daily Mail, Benedict Cumberbatch, enggan meneruskan kerjasama dengan Mokhzani Mahathir selepas anak perdana menteri itu membuat pelaburan bernilai £1 juta (RM5.4 juta) melalui syarikatnya, Kencana Capital.

Penulis artikel itu, Sebastian Shakespeare, mendakwa Cumberbatch yang memiliki syarikat Sunny March Holdings mengambil tindakan tersebut agar tidak dikaitkan lagi dengan sebarang kenyataan anti-Yahudi.

“Sebagai syarikat, kami sudah memulakan proses memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Mokhzani supaya beliau tidak lagi terlibat dengan Sunny March,” katanya.

Shakespeare juga mendakwa aktor yang mula dikenali menerusi siri Sherlock itu berkata, dia berasa “terkejut dan kecewa” selepas mengetahui kenyataan anti-Yahudi Mahathir yang disifatkannya jijik dan tidak boleh diterima.

“Syarikat kami tidak pernah berurusan dengan Mahathir tetapi hubungan kami berlaku dengan anak lelakinya, Mokhzani,” katanya.

Mahathir seorang tokoh yang dikenali di seluruh dunia kerana lantang menyatakan pendirian yang sering mengecam Yahudi. Pada masa sama beliau tekal memberikan sokongan kepada Palestin.

Mokhazani menjadi pemilik tunggal syarikat pelaburan Kencana Capital selepas berpisah dengan rakan kongsinya Yeow Kheng Chew pada Oktober 2016 melalui penstrukturan semula syarikat berkenaan.

Urusan perniagannya sentiasa jadi tumpuan dan diragukan banyak pihak kerana didakwa mendapat manfaat kerana statusnya sebagai anak perdana menteri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...