Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Mac 2019

Kereta Nasinal Ketiga - Rakyat Bantah, Apakah Tun Mahathir Akan Tunduk Pada Keluhan Majoriti?

SOSMED | Kerajaan nekad akan terus membangunkan projek kereta nasional ketiga meskipun menerima pelbagai bantahan dari rakyat di negara ini.


Menurut Perdana Menteri, China maju dalam tempoh yang singkat kerana industri automatif.

"Itu sebabnya kami (kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional yang ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat. Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automatif," katanya.

Jika industri automatif menjadi pengukur kemajuan mengapa Malaysia gagal dengan PROTON dan PERODUA? Kenapa Malaysia tidak menjadi maju? Adakah China dan Malaysia berbeza? Kedua-dua negara ini mencedok idea dan teknologi dari pihak lain juga.

Malaysia tidak begitu dangkal dan teruk dalam industri pembinaan automatif. Apa yang berlaku adalah terlalu banyak campurtangan politik dan polisi yang menyusahkan.

Kita beri satu contoh, seperti polisi sengaja menjual kereta tempatan dengan harga mahal kerana mahukan cukai, sengaja pula menaikkan harga kereta import untuk memaksa rakyat membeli kenderaan nasional.

Polisi tongkat seperti ini membunuh daya saing kerana bersikap tidak adil.

Proton misalnya akan berfikir mereka sentiasa ada pembeli kerana cukai kenderaan mereka tak setinggi cukai kenderaan import.

Apabila kritikan kepada Proton dibuat, mereka pula sentiasa dibela pemimpin politik yang berjenama besar. Proton perlu masa. Proton sedang berusaha. Proton tidaklah begitu teruk. Proton itu Proton ini. Proton dilayan bagaikan anak manja. Apakah industri kereta di China, Korea, dan Jepun sebegitu?

Mereka bukan sahaja perlu jual murah kepada rakyat tempatan bahkan kritikan diraikan meskipun kritikan itu seperti mahu membunuh syarikat. Hyundai misalnya. Jauh lebih baik dari Proton kerana melalui proses hinaan yang sebegitu dahsyat di negaranya sendiri.

Adakah Mahathir sudah bersedia untuk kereta nasional ketiga? Dikritik dari segi harganya, kualitinya, prestasinya dan teknologinya? Memanjakan idea sendiri adalah punca kenapa Proton gagal. Jika amalan ini diteruskan untuk 100 tahun, 200 tahun, 300 tahun, 500 tahun, ya, sampai bila-bila pun Malaysia tidak akan maju dengan industri automatif. Inilah baru namanya TONGKAT yang MEMALASKAN BANGSA sendiri. 

Dan China bukan maju kerana industri automatifnya. China meskipun bersikap pelindung terhadap syarikat miliknya tetapi dalam masa yang sama mengalakkan persaingan.

China juga sentiasa melabur dalam membina teknologi. Apakah Malaysia sudah bersedia? Kepakaran anak tempatan dalam dunia automatif sudah ada. Tetapi seiringan dengan kenderaan peribadi, China juga memajukan industri pengangkutan awam - yang mana Tun Mahathir gagal dalam proses ini. Tun Mahathir sentiasa berfikir cara kapitalisma.

Kita hanya patut sediakan jaringan pengangkutan awam yang effisyen jika ianya mampu untuk mendatangkan kekayaan, berbeza dengan Jepun yang mana jaringan pengangkutan awam adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya.

Jika kita nak maju seperti negara lain, terlebih dahulu kita patut tukar cara kita serve pada rakyat.

Selagi mana kita fikir;

👉 apa-apa yang diberikan pada rakyat adalah merupakan proses jual-beli, maknanya kerajaan bagi, dan kau kena bayar semula 3,4 kali ganda supaya kerajaan boleh menjana kekayaan 

BERBANDING

👉 apa-apa yang diberikan kepada rakyat merupakan satu tanggungjawab, dan rakyat harus menghargai pemberian tersebut dengan bersama-sama menjaganya dengan baik, dan dalam masa yang sama perlu juga memastikan tanggungjawab itu dapat diteruskan dari zaman ke zaman dengan membantu kerajaan dari segenap segi, seperti kewajipan membayar cukai, tidak melakukan jenayah, bekerja dengan baik dan amanah.

Maka kita susah nak maju. Otak kita asyik fikir nak generate wang, lebih banyak wang dan lebih-lebih banyak wang tanpa memikirkan kesannya terhadap rakyat.  

Apakah aspirasi kerajaan dan Tun Mahathir ini disokong oleh rakyat?

Mari kita lihat tinjauan di sosial media.

Misalnya, di halaman rasmi pro kerajaan - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA;


Muhammad Hafizuddin Othman Tak setuju. Pasaran kita berapa sahaja jumlah rakyat? Come on lah realistiklah sikit. Cuba buat banyak kemudahan untuk rakyat, jalan raya ka hospital ka.. kalau negara maju dia suruh rakyat pakai public transport bukan banyakkan kereta atas jalan.. pleaselah skitt

Asri Ali Negara-negara yang terer buat kereta macam semuanya didahului dengan mempunyai jaringan keretapi yang hebat.

Izham Mohd Taharim Perlu ke? Dengan keadaan ekonomi negara yang semakin merudum sejak PH berkuasa, rakyat tak perlukan project kereta ke 3..

Thoo Hoi Ann What about public transport and the train?

محمد طالب Dorang pun sangat advance pada public transport Tun. Bolehlah belajar sekali. And dorang pun copy paste automotif luar, sebagaimana Proton dan Perodua. 😅.


Di Paultan;


Di Sinar Harian;



Di Malaysiakini;



Di NSTP;




Kerajaan bukan sahaja gagal mendapatkan sokongan di portal-portal berita bahkan di halaman rasmi sendiri.

Apakah yang sedang berlaku?
Apakah yang difikirkan rakyat Malaysia?

Berdasarkan tinjauan;

👉 Rakyat bukan anti pada projek kereta nasional ketiga.

👉 Mereka mahu Pakatan Harapan melaksanakan janji manifesto dan menyelesaikan masalah kos sara hidup.

👉 Memberikan tumpuan kepada sistem pengangkutan awam yang cekap merangkumi seluruh Malaysia. Bukan sahaja mengurangkan pencemaran, bahkan menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya, dan ini juga membuka peluang pelaburan dan mendatangkan peluang pekerjaan di desa dan bandar.

👉 Rakyat percaya Proton dan Perodua sudah cukup menguji kemampuan negara dalam industri automatif. Kerajaan sepatutnya berkerjasama dengan Proton dan Perodua dan berikan lebih banyak peluang kepada anak tempatan mengasah bakat. Mereka beranggapan kerajaan telah menafikan keupayaan anak tempatan yang berpengalaman bertahun-tahun dengan Proton dan Perodua. Kerajaan tidak menghargai kepakaran mereka. 

👉 Jual mahal dan membuat polisi yang merepek sekali lagi untuk memastikan kereta nasional ketiga terjual - sekali lagi ia akan menyakitkan hati rakyat dan memberikan kesan dari segi emosi dan kewangan masing-masing. Rakyat takut hal ini berlaku dan tidak mahu ia berlaku. Apa yang Tun Mahathir pernah buat dahulu masih memberikan persepsi negatif kepada pembeli kereta nasional. 

Dengan memahami sentimen yang rakyat rasai, bolehkah kerajaan mempertimbangkan semula projek kereta nasional ketiga?

Atau mungkin kita patut pergi kepada bancian seluruh Malaysia? Dan apa sahaja keputusannya, kita masing-masing akan akur? 

Ataupun selepas memahami sentimen rakyat, bolehkah kerajaan menyesuaikan diri supaya berlakunya situasi menang-menang?

Harapnya rakyat bukan sekadar batu loncatan untuk mendapatkan undi semata-matanya lah. - 21 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...