Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Mac 2019

Nga Kor Ming Dikecam Kerana Tweet ' Pendidikan Bahasa Ibunda Negara' Berbanding Sekolah Vernakular.

SOSMED | Kicauan Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi yang menegur Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menjadi tular di sosial media.

Najwan telah mempersoalkan Nga Kor Ming kenapa menggunakan perkataan, "mother tongue education" berbanding "vernacular education" merujuk kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mendapat dana dari Lim Guan Eng baru-baru ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan SJKC Chung Wah (Setapak), SJKC Chong Hwa (Gombak) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa (Jalan Ipoh) menerima dana RM100,000 bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan sekolah berkenaan di Stadium Merdeka.

Hal itu bagaimanapun mengundang kritikan yang hebat terhadap Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan.


"Kenapa kamu tidak menggunakan terma sekolah vernakular berbanding pendidikan bahasa ibunda?

Bahasa ibunda di Malaysia ialah Bahasa Melayu," tegur Adun Kota Anggerik itu. 

"Di Stadium Merdeka bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk menghadiri sambutan Ulangtahun ke 100 Sekolah Chung Wah Kuala Lumpur. 

Sesungguhnya ia adalah majlis yang mengkagumkan dan sememangnya merupakan satu pencapaian membanggakan buat sekolah itu dan juga buat pendidikan bahasa ibunda negara kita. Tahniah!," kicau Nga terdahulu. 


Nga Kor Ming kemudiannya menjawab Najwan, "Wahai sahabatku, apa yang saya maksudkan sebagai pendidikan bahasa ibunda di negara kita ini merujuk kepada sistem yang telah wujud sejak dari tahun 1815 lagi. Kenapa jadikan ini isu," soalnya.


Tinjauan di sosial media mendapati rata-rata netizens tiada masalah terhadap penggunaan perkataan mother tongue = bahasa ibunda, dan tidak beranggapan ianya isu namun apabila menggunakan perkataan, our nation's mother tongue education, ia mendatangkan polemik.

Sesetengah netizens beranggapan perkataan seperti itu;

👉 Berbaur rasis

👉 Cubaan menjahanamkan Bahasa Melayu dan mengangkat darjat Mandarin lebih tinggi dari bahasa kebangsaan negara

👉 Mementingkan pendidikan kecinaan dan mengabaikan pendidikan kebangsaan

👉 Mempunyai agenda sulit 

Nga Kor Ming juga menerima cacian dan makian dari netizens yang kelihatan emosi dengan kicauan tersebut. - 23 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...