Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Mac 2019

Mahasiswa Dicekik Berikan Penjelasan Apa Sebenarnya Yang Terjadi..

SOSMED |Berikut adalah penjelasan ringkas Wong Yang Ke atas insiden serangan yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam dan beberapa pihak lain;



👉 Mahasiswa Universiti Malaya yang berdemo di bas perhentian menafikan melakukan provokasi semasa melakukan protes ke atas Najib Razak di hadapan Restoran Amjal.

👉 Mahasiswa yang bernama Wong Yang Ke dan juga Presiden Umany (Persatuan Belia Baru Universiti Malaya) itu mendakwa beliau dikepung, dicekik, ditarik rambut, ditampar dan ditumbuk semasa berlaku pertengkaran diantara beliau dengan Lokman Adam.

👉 Ketika dicekik, Wong mendakwa ada satu masa yang beliau menghadapi kesukaran untuk bernafas.

👉 Mereka berhimpun seramai 7 orang.

👉 Mereka menafikan menjerit, memprovokasi, menganggu program Najib sebaliknya hanya melakukan PROTES DIAM - Silent Protes.

👉 Apa yang terjadi ialah setelah didekati oleh Lokman Adam dan kumpulannya, pertengkaran mulut berlaku di antara dua belah pihak dan akhirnya berakhir dengan insiden keganasan.

👉 Pada awalnya Lokman Adam dan kumpulannya mempersoalkan kenapa datang ke situ dan membawa badut Najib, kumpulan mahasiswa itu menegaskan mereka ada hak untuk berhimpun. Bagaimanapun penjelasan itu tidak diterima oleh Lokman Adam lalu merebak kepada pergaduhan dengan kumpulan Lokman memulakan aksi mengoyak placard dan Badut Najib.  

👉 Wong memberitahu tiada sesiapa yang tercedera di pihaknya dalam insiden itu kecuali mukanya sedikit tercalar dan bibirnya berdarah. 

👉 Insiden itu kemudiannya berjaya dilerai dan kumpulan mahasiswa itu kemudiannya dibawa ke balai polis atas alasan perlu dilindungi. Bagaimana setelah sampai di balai polis, Wong berkata kumpulan mahasiswa itu menjadi pihak yang disiasat kerana ada laporan polis dari pihak penganjur.

👉 Wong dan kumpulannya disoalsiasat (memberikan keterangan) selama 3 jam dan keluar dari balai pada pukul 8.35 malam.

👉 Wong berkata, polis telah meminta kad pengenalan milik mereka dan memaklumkan yang kesemua mahasiswa mungkin didakwa dibawah satu akta yang belum beliau ketahui lagi setakat ini. Bagaimanapun polis belum memutuskan hal itu secara rasmi.

👉 Wong juga akan membuat laporan polis pada esok (hari ini) berikutan keletihan.

👉 Wong juga mempersoalkan kenapa pihak Lokman Adam menyerang kumpulan mahasiswa itu sedangkan mereka hanya berhimpun secara aman?

👉 “Kami hanya buat perhimpunan aman, berdiri di stesen bas sambil memegang plakad dan sepanduk dengan muka badut Najib, itu saja. Kenapa penyokong Najib serang kami?

“Harap mereka pandang serius terhadap tindakan samseng itu, cekik, tarik rambut, tampar, cakar saya, dan juga jeritkan kata-kata berunsur perkauman. Kenapa buat macam tu?

“Hormatilah hak kami untuk buat perhimpunan aman. Jangan tarik kami dalam permainan anda. Kami hanya pelajar biasa. Hormati kami,”
katanya.
- 23 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...