Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Januari 2013

Blogger UMNO minta maaf kepada Khalid Samad.

Baguslah.

Yang penting mengakui kesilapan diri. Kalau terus-terusan ego tak guna. Kadang2 apa yang kita tuliskan tue tak seme betul. Kena faham la kita bukan manusia sempurna. Aku pun banyak kali gak buat silap. Nasib baik tak kena saman. Kalau tak.. 

MAMPOS.

KAH KAH KAH

Apa pun dah janji tidak akan mengulangi lagi bermaksud kena la pegang kepada kata2 tersebut. Jangan sekejap je. Oke dr? Hehe. 

Baca bawah ;


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan Novandri serta peguamnya.

Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com -HD-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...