Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Januari 2013

PAS cabar REPORT POLIS isu penyelewengan Tabung Memali.

BAGUS.

Kepada mereka yang berpendapat bahawa PAS kedah terlibat dalam penyelewengan tersebut sebenarnya boleh mengambil pendekatan di yang disarankan oleh PAS sendiri iaitu buat LAPORAN POLIS.

Rujuk bawah ;
Dua Naib Presiden Pas mahu Zainon Ismail atau CN Al-Afghani membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali.

Salahudin Ayub berkata, beliau mengalu-alukan Zainon supaya berbuat demikian. Katanya, selepas laporan dibuat, polis perlu melakukan siasatan bagi menentukan sama ada berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali atau sebaliknya.

"Sila buat laporan polis jika Zainon merasakan wujud penyelewengan di dalam Tabung Memali," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas, di sini hari ini. Beliau mengulas desakan Zainon supaya pucuk pimpinan parti itu menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas isu sama juga mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan. -UM-


Ini cabaran terbuka kepada semua pihak yang mengatakan bahawa PAS terutamanya PAS KEDAH terlibat dalam penyelewengan tabung memali. Dikatakan tabung memali tidak digunakan untuk membantu balu dan anak2 mereka2 yang terkorban dalam peristiwa memali sebaliknya digunakan secara salah untuk kegunaan/pergerakkan parti PAS.


Antara surat dari anak arwah Ibrahim Libya yang sedang tersebar secara meluas di media internet. Kandungan surat ini juga dipetik dari buku yang diterbitkan oleh CN. Al-Afghani yang mana dilarang oleh PAS kedah untuk ahli2 PAS memiliki buku ini. 

Itu orang cakap le. Aku tak pasti betul ka tak betul PAS kedah melarang orang2 PAS untuk memiliki buku ini. Aku sejujurnya sedang mencari buku ini. Aku nak beli dan baca. Hehe


Klik untuk bacaan lanjut.

Pendapat aku kalau nak tahu kandungan email di atas betul ataupun sebaliknya Mohd Islah individu yang menulis email di atas = anak Ibrahim Libya ini perlu dicari. Kita cari dan tanya dia betul atau tidak dia yang tulis email di atas. 

Namun dalam pada itu, mereka2 yang merasakan tabung memali merupakan satu penyelewengan secara terbuka yang dilakukan oleh PAS KEDAH, mohon buat laporan polis dan kita tengok hasil siasatan PDRM.

Kalau PDRM cakap takde kes kita sama2 hormat.

Kalau PDRM cakap ada kes, kita sama2 mohon PDRM hukum mereka2 yang bersalah.

Amacam? Ada berani menyiasat dan disiasat?   

Jangan lupa temujanji kita 

#kl112 

Stadium Merdeka

2 petang / Sabtu 12/1/2013 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...