Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 November 2012

Polis Johor buat report polis.





Pernah tengok polis buat report polis? Aku tak pernah tengok. Dengar pun tak pernah. Tapi baru terdengar hari neh. Baru aku tahu. 


kah kah kah

Polis johor buat report polis ke atas paper malaysiakini dan malaysiainsider. Baca kat bawah neh sat ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>

Berita Harian - Polis Johor buat dua laporan polis berhubung artikel yang tersiar dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakin
i. Penulis artikel dan saksi yang dinamakan akan dipanggil beri keterangan.

Inilah cara mereka menakutkan rakyat. Keluarga kami ditekan dengan berbagai cara, demi untuk melindungi pihak tertentu.

Aku mengaku. Memang aku rasa kelakar. Bagi aku dorang kan polis. Kalau dorang dapati editor malaysiakini dan themalaysiainsider melakukan apa2 kesalahan dalam penerbitan artikel mengenai isu penahanan ahmad sepatutnya dorang terus bertindak.

Kenapa nak buat laporan polis pada masa polis johor itu sendiri ada kuasa untuk menguphold kerja2 penguatkuasa? So aku rasa pelik. Lepas tue gelak. Sebab kelakar.

Sebelum itu ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>

Seorang polis Johor berpangkat tinggi kata pada ayah saya, "Perkara ni terjadi (tangkapan kali kedua Ahmad Abd Jalil) disebabkan keluarga pakcik AMBIL LAWYER".

Mereka terkejut dua orang lawyers muda, Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan, yang mewakili Ahmad sebelum ini berjaya bina hujah dengan baik di hadapan Majistret hingga membawa kepada "pembebasan 5 minit" Ahmad sebelum ini.

Mereka sangkakan kes Ahmad ini mudah dan senang untuk diuruskan. Mereka tak sangka ahli keluarga bersatu menyokong Ahmad melalui apa cara yang termampu. 

Laaa.. takan amek lawyer pun salah? Of course la family nak defend ahli keluarga mereka. Ini logik akal. Berdasarkan kepada percampuran dan pergaulan aku dengan rakan2 polis yang sebenarnya seorang pegawai polis tak boleh keluarkan statement seperti di atas.

Pegawai polis tak boleh sewenang2 bercakap begini sebab akhirnya ia hanya akan memburukkan imej pdrm itu sendiri. Aku ada jek kekawan polis. Dorang banyak kali bagitau aku ada nya polis2 yang tak cekap buat kerja dan suka keluarkan kenyataan membabi buta. Disebabkan mereka pakai uniform biru ketika keluarkan kenyataan so rata2 masyarakat menganggap statement2 itu mewakili pdrm padahal tidak.

Tetapi nak salahkan persepsi masyarakat pun tak boleh bila pdrm sendiri tak amek tindakan dengan hanya melantik mereka2 yang benar2 berwibawa untuk jadi polis. Akhirnya rakan2 aku mengaku. Memang betul. Mereka tak salahkan persepsi masyarakat. Mereka lebih salahkan amalan 'kronisme' dalam polis. Jangan tatau dalam polis pun budaya orang aku, orang ko, pun ada.

Sambung balik isu di atas. Aku suspect la, just suspect. Bukan fakta oke. Yang sebenarnya yang menghina sultan tue orang lain. Bukan ahmad. Sebab sampai sekarang pdrm gagal kemukakan bukti penghinaan ahmad abdul jalil ke atas sultan johor.

Tapi kalau siyes ahmad yang hina aku mohon, yap, mohon sesangat kat pdrm agar kemukakan bukti. Kita takmo was2 dengan pdrm. Sejujurnya aku pun takmo was2 dengan pdrm meskipun melalui pengalaman pahit dengan pdrm. Pengalaman di bantai ketika bersih 2 dan dikejar macam orang gila dalam bersih 3 still hunted aku.

Aku hormat je pdrm. Aku percaya dalam pdrm memang ada orang2 yang baik. Buktinya kekawan polis aku. Aku percaya mereka ialah polis2 yang baik. So disebabkan aku percaya pdrm itu baik aku cadangkan pdrm kemukakan sahaja apa bukti yang si ahmad tue menghina sultan. At least satu persepsi dah mati. Persepsi pdrm tahan ahmad tanpa bukti. Boleh?

Sumber : Asiah abdul jalil 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...