Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 November 2012

Pasport wajib untuk haiwan peliharaan.

Noh punya idea. 

Rileks. 

Jom kita analisis terlebih dahulu statement dia. 




Apa yang Noh sampaikan ;

1. Seme pemilik2 haiwan peliharaan akan diwajibkan amek pasport.

2. Tujuan kalau hilang senang di kesan.

3. Juga untuk mengumpul data mengenai seseekor haiwan tue. Maklumat mengenai kesihatan dan penyakit.

Idea neh boleh jadi idea yang baik. Jika pasport itu percuma maka idea neh aku sokong jek. Takde hal. Namun ia agak leceh. Kenapa?

Jika kita ada 10 ekor kucing?

Bukan kah ia agak leceh untuk dibawa ulang alik ketika proses pempasportan mereka?

Itu belum lagi kes manusia yang bela binatang pelik2. AKu suka bela kucing. Tapi orang lain mungkin suka katak. Agak leceh juga nak bela katak pun kena ada pasport.

Dan takde bukti juga pemilik haiwan kesayangan yang kehilangan binatang mereka berhasil mendapatkan semula binatang2 mereka semata2 berdasarkan kepada kewujudan pasport binatang. Apa ada pasport? Cip GPS kah?

Apa pun jika ia optional aku takde sebab nak memperlecehkan idea noh. Lantaklah disitu. Aku tak perlu sibuk2 nak pasportkan haiwan yang aku bela.

Tetapi jika ia wajib aku cadangkan elok wujudkan beberapa garis panduan sebelum laksanakan ia. Lagi satu jika ada unsur2 wang disini di mana pembela haiwan kesayangan terpaksa keluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan pasport itu aku akan tentang. Lebih2 lagi kalau ia kena renew. Lagi la aku tentang.

Perkara terakhir yang aku nak buat dengan bn dan umno sekarang neh ialah elakkan bagi duit kat dorang. Aku tahu itu memang mustahil. Tetapi aku akan pastikan aku akan berusaha sedaya upaya untuk menutup segala ruang dan peluang untuk bagi dorang duit buta2. 

Nak buat macam mana. Ini la perasaan aku apabila di aniaya bn secara berterusan. Ini logik. Salahkan diri sendiri sebab zalim bukan salahkan rakyat yang menolak kezaliman, oke?

Sumber : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...