Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 November 2012

Hot : Akar Umbi UMNO bantah AES.

KAH KAH KAH

Mana la menteri umno nak campak muka dorang? Hoi JPJ. Hoi menteri pengangkutan. Hoi Najib. Akar umbi UMNO sendiri sekarang bantah AES. Apa cerita neh? Taknak laporkan dalam buletin anwar dan utusan anwar ka?

kah kah kah

Kalau korang nak tahu akar umbi UMNO telah wujudkan satu page yang diberikan nama Tangguh AES dan satu blog yang di nama kan AES Malaysia untuk melakukan bantahan kepada pelaksanaan AES di Malaysia. Mereka bukan under PR. Tapi under UMNO.

Ini antara apa yang terbit di blog mereka ;


Taknak plak masukkan blog pr sekali. Kata nak JV balon AES. Sepatutnya berkerjasama la dengan blogger pr. Apa la promote blog umno je. Tahu la gerakan under umno. Tapi ahti mao lapang ma.. tengok aku promote korang. Rileks jek. Hehehe..

Kat bawah neh aku kongsikan cadangan tangguh AES yang disediakan oleh orang2 umno sendiri. Ini pendapat aku dan aku tengok ada benarnya disitu. Tetapi still bagi aku kalau nak hukum pemandu jangan makan duit. Ganti jek cara lain asal bukan duit.

So kat situ takde la terikat or terbuka untuk sengaja menganiaya pemandu semata2 nak kan keuntungan or capai target.. betul tak? Baca lah ;

MENGGESA KERAJAAN MENANGUHKAN PELAKSANAAN AES DAN MEMBATALKAN SEMUA SAMAN AES.

MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN AES SEHINGGA RAKYAT BERPUAS HATI BAHAWA AES DILAKSANAKAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN MAUT BUKANNYA MENGUTIP WANG KOMPAUN.

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan PERLU melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun,  kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.
Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kami berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!
  
Itulah. Dulu degil sangat taknak dengar kata2 KASE. Kata2 dan pendapat dari Mahfuz omar. Mengutuk kemain hebat. Asal pembangkang buka mulut jek di katanya macam2.. sekarang lue dah terkena baru lue tahu. Amacam parpu kari? Syok kena tipu? Sokong la bn lagi.

kah kah kah 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...