Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 November 2012

Jumlah cukai kerajaan hasil dari sumber perjudian 2008 - 2011.


Wowww..

Banyak tue cukai yang kerajaan kita dapat. Yang sebenarnya perniagaan2 seperti neh memang tak mungkin la kerajaan kita akan dapat hapuskan secara total. Tak kira la sapa yang perintah. BN ataupun PR. Even pas sekalipun. Harap sangat penyokong2 pr berpijak di bumi realiti terutamanya kepada penyokong2 pas. Jangan sampai keluarkan statement lepas pr perintah seme neh akan ditutup..


Tetapi, dont worry.

Walaupun bn dan pr tak boleh hapuskan tetapi kita ada satu cara untuk perniagaan2 seperti neh terhapus or terkurang dengan sendirinya. 

Bagaimana?

Mula2 ketahui dulu bahawa ;

1. Ketika majoriti malaysian adalah muslim 90 - 80 % kerajaan bn buat syarikat judi kasino arak apa seme. Di mana kah suara2 umat islam ketika itu? Mereka majoriti oke. Mereka tak bersatu untuk menentang. 

2. Dan sekarang majoriti muslim 60%. Bukan melayu 60% oke. Tetapi muslim 60%. Non muslim 40%. So adakah korang fikir 40% akan bersetuju jika kita menutup premis perniagaan mereka? 

Tak seme akan tolak tetapi tak seme akan setuju juga atas alasan mereka berhak berjudi sebab mereka bukan muslim. BTW, 60% yang muslim tue pun belum tentu bersatu hapuskan perjudian di malaysia. Almaklumlah, hudud pun ada yang tolak. Hehehe..

Tahu kah anda?

Memang la sebenarnya kaum cina juga bencikan aktiviti perjudian. Sebab apa? Sebab kes2 judi neh la laki bini bergaduh, bunuh diri dan sebagainya. Memang ramai jek orang2 cina suka jika aktiviti perjudian di hapuskan secara total tetapi dalam masa yang sama lebih ramai orang2 yang sokong aktiviti perjudian. So ia tak boleh dihapuskan secara total melainkan pr melaksanakan satu undang2 dan polisi yang menghadkan rakyat malaysia dari berjudi sesuka ahti sampai meminjam along.

Yap, dengan polisi dan undang2 untuk mengawal aktiviti perjudian. 

Untuk muslim mereka haruslah di kekang dari berjudi. Buat jek hukuman keras kepada muslim2 yang berjudi dan kepada premis2 perniagaan yang membenarkan muslim masuk untuk berjudi di premis mereka. 

Walaupun kita tak boleh nak halang non muslim dari berjudi dan minum arak tetapi jangan ingat bila mereka membiarkan saja umat islam berjudi dan minum arak di premis mereka, mereka tidak akan dihukum. Mereka bersubahat. Sebab membenarkan aktiviti itu berlaku di premis perniagaan mereka. So mereka tetap boleh dihukum. Ini la kelemahan bn yang pr perlu baiki. Khususnya pas.

Yang penting penguatkuasa kena adil amanah dan cekap. Jangan biarkan rasuah berleluasa. Undang2 cantik, polisi cantik, hukuman cantik tetapi kalau yang pegang kuasa tue kaki rasuah pun tak guna juga. Sama macam takde apa.

Jangan lupa juga.

Manakala untuk non muslim pula mereka2 yang boleh berjudi tue jangan la sampai membenarkan aktiviti meminjam untuk berjudi. Dah penat rasanya baca kes bunuh diri sana sini disebabkan hutang along. Masyarakat cina neh tak sayang ke sedara mara sendiri? Sepatutnya kalau aku jadi korang dah lama aku buat kempen hapuskan judi tak pun hapuskan pinjaman untuk kaki judi.

Along neh pun kadang2 memang la bodoh. Dah tahu orang tue kaki judi jenis takde duit nak bayar buat apa bagi pinjam? Kalau orang tue mampos sekalipun macam ko dapat balik duit ko. Last2 sendiri rugi. Pendek kata yang terlibat dalam industri neh memang spesis yang bodoh2 belaka.

Last, pastikan had umur untuk berjudi dinaikkan. 25 tahun ke atas. Ini budak2 umur 17 tahun pun berjudi. Tapi di sport toto tue aku tengok melayu2 yang pakcik2 jek suka berjudi. Malu la pakcik. Anak2 muda tengok jek taw.. hish.. 

Kemudian nya.. 

Akhirnya jika kita melaksanakan polisi2 seperti di atas syarikat2 judi akan kiok sendiri. Aihh nak bagi orang islam masuk berjudi, kena tangkap dan hukuman keras. Ada ke suruh aku cuci tandas selama 20 tahun. Ingatkan duduk goyang telur dalam penjara. Tak sanggup aku.

Nak harapkan non muslim jek lagi cam gampang. Bukan seme suka berjudi. Ada yang berjudi singgit jek. Gila apa? Nak untung besar macam mana? Nak meniaga dadah apa seme tak boleh. Undang2 semakin tegas dengan hukuman semakin kejam ditambah dengan penguatkuasa di malaysia jenis tak makan rasuah. Haizhhh berhenti meniaga judi la. Meniaga lain la plak. Sebelum bankrupt habis..

Kesan nya... 

Cukai judi makin berkurangan. Kerajaan jadi boring.. mungkin kerajaan patut naikkan cukai judi. Untuk meningkatkan hasil dari sumber perjudian. Jika syarikat judi ditekan mungkin mereka akan terpaksa lepaskan syarikat tersebut or tutup disebabkan rugi.. lantak le mana2 pun. 

Nak langgar undang2, penguatkuasa pantau.Taknak bayar cukai nanti syarikat kena sita. So nak taknak terpaksa la mereka buat juga satu tindakan yang mengheret mereka kepada penutupan premis judi disebabkan rugi. 

Bila masyarakat semakin sihat, jauhi judi dan arak akhirnya kesihatan dan pemikiran kita stabil. Kita boleh habiskan masa kita untuk menjalani hidup lebih berfaedah. Rakyat yang sihat akan menghasilkan negara yang sihat. Kurangnya aktiviti jenayah akibat kesan judi dan arak, negara kita semakin selamat.

Aihhhh kenapa la aku bukan perdana menteri..

kah kah kah 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...