Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 November 2012

Penjelasan isu kebanjiran warga asing di stadium cheras.

Ini bukan penjelasan dari aku. Ini penjelasan dari seorang sukarelawan. Dia telah memberitahu aku beberapa perkara siang tadi. Bahkan dia meminta aku ke sana dan menjadi saksi. Dia juga telah memberitahu no telefon untuk dihubungi jika aku was2 atas kenyataan dia kepada aku.

Well aku tidak was2. Aku percaya dia mempunyai niat yang baik. Tapi aku pun taknak paksa sesiapa untuk mempercayai apa2. Aku cadangkan korang seme turun padang dan jadi siasat sendiri jika benar projek ic sedang berlangsung di situ. Aku takmo taking side disebabkan aku tiada kemampuan untuk mengesahkan apa2 spekulasi yang timbul sekarang neh.

Apa spekulasi itu?

1. Projek ic sedang berlangsung. ==> Aku tiada kemampuan untuk mengesahkan or menafikan ia.

2. Projek pendaftaran pelarian warga myammar sedang berlangsung ==> Aku ada kemampuan untuk mencari maklumat dengan menghubungi no berkaitan dan memeriksa laman web mereka tetapi tiada kemampuan untuk turun padang, menjadi sukarelawan sekaligus menjadi saksi bahawa ia benar2 projek untuk pendaftaran pelarian di myammar.

Ini printscreen yang aku dapati dari laman rasmi mereka ;


Ini pula no telefon yang patut dihubungi bagi mengesahkan kenyataan di atas ;

+60321171400

Tapi ameno, kenapa benda neh tak masuk paper apa seme ek? At least mesti la tv3 berbangga2an memuji kebaikan ahti kerajaan membantu warga pelarian myammar kan..?

Well, aku taktau secara detail. Apa yang aku diberitahu ialah mereka tidak mahu sensasikan suasana atas sesuatu sebab. Mereka tak bersedia kongsi sebab itu secara terperinci jadi aku pun tak boleh tulis kenapa. Apa yang aku diberitahu ialah pihak imigresen ada datang "untuk lakukan sesuatu" dan ia berjaya diselesaikan secara baik oleh pihak UNHCR. 

Perkara terakhir yang UNHCR tidak mahu lakukan ialah menyebabkan mana2 warga pelarian ini dihantar pulang ke negara asal mereka. Pihak UNHCR benar2 mahu memastikan warga2 pelarian ini mendapat sebaik2 perlindungan sementelah jika mereka dihantar pulang akhirnya masalah yang sama akan timbul kembali.

Tapi takan ramai sangat ameno? Cam tak logik plak. Siap ada muka bangla plak. Pelarian ke? Confirm?

Macam aku sebut tadi, aku memang tak confirm langsung. Aku cuma berikan ruang kepada korang untuk mendengar penjelasan dari seseorang yang terlibat secara langsung dalam perkara ini sahaja. Ko boleh percaya juga boleh pilih untuk tidak mahu mempercayai nya.

Berkaitan kenapa ia ramai, aku diberitahu bahawa ia memang ramai disebabkan mereka di angkut dari seluruh malaysia. Bukan dari kl jek. Bahkan dari merata2 tempat. Berkaitan yang muka macam bangla apa seme tue.. yang aku diberitahu ialah selain dari etnik rohinggya muslim, ada juga yang myammar tamil. 

Mungkin la disebabkan itu wajah2 mereka seiras. Ini apa yang aku syak. Bukan fakta. Sila pergi dan singgah sendiri di stadium itu untuk kepastian.

Jangan2 UNHCR berkerjasama dengan bn tipu kita tak? Kena pedaya jek neh..

Well, ada kemungkinan itu. Tetapi sehingga ada bukti untuk mengatakan ia benar, ia hanyalah bersifat spekulasi. Sila cari bukti untuk defend tuduhan itu supaya boleh disebarkan oke.

Macam aku sebut tadi, aku tak berniat nak membela mana2 pihak dalam isu neh sehingga la aku mendapati diri aku boleh menyebelahi mana2 pihak baru aku berbuat demikian.

Cuma aku minta kita menilai dan berlapang dada dengan menilai kesemua penjelasan yang wujud. 

Jikalau benar ini adalah satu tuduhan dan fitnah, aku percaya tiada ruginya kita minta maaf. Well, aku tak mainkan isu neh langsung tetapi aku akan minta maaf mewakili penyokong2 pr bagi mana2 page. Aku percaya mereka tak pernah ada niat nak fitnah mana2 sukarelawan.

Namun, jika projek ic ini terbukti benar, sudah semestinya tidak syak lagi kenapa selaku rakyat malaysia kita perlu marah. Apa pun, sehingga belum terbukti mari la kita slow downkan terlebih dahulu persepsi kita.

Untuk rekod, pendaftaran pelarian ini akan berlangsung sehingga hari jumaat ini. Bagi mereka yang ingin mencari kebenaran, tolong la singgah di sana dan perhatikan sendiri apa yang sedang berlaku dan kemudian nya share dengan aku kat sini.

Atau, telefon saja no yang tertera.

Ataupun, laporkan sahaja kepada penguatkuasa..  pilih la mana2 cara yang korang rasa boleh memberikan manfaat buat diri masing2 oke.

Bai. 

http://www.unhcr.org.my/News_Views-@-UNHCR_Exercise_at_the_KLFA_Stadium.aspx   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...