Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2012

Kes Ahmad hina Sultan Johor tersebar di luar negara..


Nampaknya isu Ahmad hina sultan johor semakin tersebar. Bukan dalam negara jek. Kat luar pun sama. Ada akhbar online petik berita tersebut di portal masing2. Antaranya washington post. Rujuk sini ==> http://www.washingtonpost.com/world/asia_pacific/family-defends-malaysian-man-held-for-insulting-state-royalty-in-facebook-posts/2012/11/05/eba83c72-2707-11e2-ac64-5d52a2c5953e_story.html

Yang buat kes neh jadi pelik ialah Ahmad ditahan tanpa diberitahu apa bukti dia menghina sultan. PDRM just cakap dia hina sultan. Owh oke. Tapi apa yang dia hina? Apa kenyataan itu? Di mana kah bukti dia menghina? HARAM kita seme tahu.

At least nak tahan orang, nak reman ke apa ke apa salahnya ko bagitau dulu sebab2 penahanan tersebut. Ko main tahan2 orang mana boleh. Kalau dia tak buat camne? Nak mengaku salah ke nak minta maaf ke apa ke kena bagitau dulu kenyataan apa, di mana dan bagaimana yang pdrm sifatkan sebagai menghina sehingga membenarkan penahanan tersebut.

Jangan2 takde bukti?

Maaf la. Bukan nak tuduh2 oke. Tapi ikut pengalaman aku biasa nya bukti2 penghinaan tue akan tersebar seiring dengan penahanan individu yang dikatakan menghina sesiapa sekalipun.

Tetapi apa yang berlaku dalam kes ahmad neh ialah sebaliknya. Tahan dulu. Reman dulu. Bukti haram ada. Usah kata aku, dengan keluarga2 si ahmad neh sendiri tatau ayat mana satu yang dikatakan menghina tue. Ini kerja gila.

Lebih gila ialah sejurus ahmad dibebaskan dia ditahan semula di bawah akta komunikasi plak. Tapi itu tak pelik sangat. Dilepaskan dan ditahan semula serta merta tak pelik mana di malaysia. 

Alangkah yang merompak bertahun2 pun penjara setahun, yang mencuri batang besi pun kena 6 bulan apa la sangat si ahmad yang dilepaskan oleh hakim mahkamah selepas enggan sambung tahanan reman disebabkan polis langgar peraturan or protokol umum ketika melakukan penahanan ahmad atas pertuduhan menghina sultan. Memang tak pelik mana.

Sama seperti tak pelik langsung bila polis tahan seseorang tanpa mengemukakan bukti kesalahan dia. At least dedahkan la kepada keluarga ahmad apa benda yang dia hina kan tue. At least kepada keluarga jek. Tapi ini sampai family pun tak diberikan bukti. Apa tak logik ke kita nak anggap jangan2 polis takde bukti?

Rileks.

Mohon polis kemukakan dan dedahkan bukti. Kita bukan apa. Kita just nak jadikan garis panduan jek. Owhh rupanya itu di anggap kenyataan menghina. So lenkali kita ahti2 la. Tapi kalau polis tak mahu dedahkan bukti jangan pula salahkan persepsi kita bahawa mungkin ahmad ditahan tanpa melakukan apa2 kesalahan. 

Almaklumlah bukti sangat penting untuk kes2 seperti neh. Kita tak ragui polis oke. Kita hormat jek polis nak buat kerja dia. Cuma untuk mempercayai bahawa polis sedang menjalankan kerja dia, kita berharap sangat polis dedahkan bukti or karangan facebook ahmad yang dikatakan menghina sultan johor. Tue aje. 

Aku tak fikir dengan mendedahkan bukti itu akan menjejaskan siasatan polis. Boleh encik polis? Boleh kan. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...