Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 November 2012

Tingkahlaku yang kita tak patut tiru. Part 2.

Ramai yang kurang jelas. Mereka tidak tahu kos sebenar seunit AES di malaysia. Meh aku explain sikit.

Kos pelaburan RM717 juta bagi pemasangan 831 buah Sistem Penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini menimbulkan keraguan. 

Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif mendakwa, terdapat perbezaan sebanyak RM400 juta daripada jumlah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri di Parlimen. 

Menurutnya, kerajaan dicaj melebihi harga pasaran untuk membeli peralatan kamera AES, berbanding dengan jumlah yang diumumkan di Parlimen. 

“Syarikat yang berpangkalan di Jerman, Jenoptik Robot telah menandatangani perjanjian bernilai AS$53 juta (RM160 juta) untuk memasang sistem Ates Sdn Bhd, dan syarikat Redflex Traffic Systems Pt Ltd di Australia, menandatangani kontrak dengan Beta Tegap Sdn Bhd untuk membekalkan 450 kamera pengesan kelajuan bernilai AS$50 juta (RM151 juta). 

“Kenapa ada perbezaan RM400 juta antara jumlah RM717 juta yang dinyatakan jawapan di Parlimen,” katanya, semalam. 

Beliau turut menunjukkan kontrak berasingan sebagai bukti yang ditandatangani firma berkenaan dan wakil pengedar kamera barangan kelengkapan berkenaan hanya bernilai RM300 juta.

Mana dapat info neh beb?

Owh kat dalam paper sinarharian. Rujuk sini.

RM717juta untuk 831 kamera AES. 

Bukan batang tubuh kamera tue jek yang kedua2 syarikat yang dapat tender neh charge. Bahkan termasuk kos maintainance sekali. Plus lain2 kos berkaitan termasukla kos untuk memasang kamera ini di tempat2 tertentu.

Tetapi still kos nya sangat mahal. Untuk kedua2 syarikat di atas melaburkan 717juta bagi menyediakan AES di seluruh malaysia supaya memudahkan PDRM menguatkuasakan undang2, adalah amat mustahil untuk mereka tidak mensasarkan keuntungan bagi memperolehi balik modal yang telah dilaburkan.

Aku nak tanya ko. Ko sudi bayar mana2 individu 717juta gunakan wang syarikat ko? Usah kata 717juta nak bayar 100 buta2 jek pun haram. Pergi la mampos. Mungkin itu kot yang korang cakap kat aku ble aku minta belanja seratus.

Sekarang lihat ini pula ;

Anggarann kasar.

Jumlah kos = RM717,000,000 


Jumlah AES = 831


Jumlah kos pelaksanaan sebiji = RM717,000,000/831 = RM862,815.88 

Kita anggap la bahawa kos sebanyak 862,815.88 adalah termasuk kos penyelenggaraan + pemasangan + consultant + lain2 perkara berkaitan.

Tahu kah anda 862,815.88 adalah satu jumlah yang amat amat amat amat amat MAHAL sekali bagi seunit AES?

Lihat kat bawah neh pula ;


Kita kena bantah AES. Tetapi kena gunakan cara yang betul. Bukan merosakkan AES. Setiap AES yang rosak pasti akan diganti semula. Dan setiap satusen yang diganti semula itu bukan la kedua2 syarikat itu petik dari langit oke. 

Mereka keluar dari poket rakyat malaysia melalui pelbagai cara dan tersangatlah bodoh bagi mereka2 yang pergi merosakkan AES. Mereka tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan. Bahkan, jika PR amek alih pusat sekalipun bukan semudah ABC untuk PR batalkan perjanjian AES. 


Semua tue dah didokumentasikan. Silap2 pusat kena bayar ganti rugi yang amat2 tinggi ketika membatalkan perjanjian tersebut. Sedar tak? Sebab tue kena bantah AES ikut akal. Bukan ikut emosi. Ko spray pun so what? Lepas tue AES akan dimahsuhkan?

Ko boleh spray banyak2 tetapi AES akan kekal disitu. Yang rugi tetap kita juga sebab akhirnya wang rakyat digunakan untuk gantikan apa yang rosak disebabkan tindakan bodoh sesetengah pihak.

Ini tingkahlaku yang kita tak boleh tiru. Bahkan tak patut tiru. Sila berhenti disini.
Berhenti jika ada niat nak merosakkan mana2 AES yang wujud. Kerana setiap satu yang rosak itu akhirnya kita seme secara kolektif perlu membayarnya kembali di kemudian hari. Nafsu dan emosi ko tak membantu sesiapa pun disini.

Rekod, gambar di atas dihitamkan wajah orang tue bukan sebab dia yang rosakkan AES. Tetapi sebab taknak orang sangka bahawa dia rosakkan AES. Kang kena tuduh plak dia.

Oleh kerana dulu ada di antara kita yang tatau berapa jumlah kos pemasangan seunit AES, mungkin dorang tak rasa sedih bila nak rosakkan mana2 AES. Tetapi sekarang korang dah tahu. Sila berfikir dalam2 sebelum melakukan sesuatu. AES harus dihapuskan bukan dirosakkan. Fahami isu. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...