Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2012

Nurul Izzah sokong murtad, so?


Bloggers umno sekarang sedang giat sebarkan satu kenyataan Nurul Izzah yang baru2 neh dipetik dari forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”. Kenyataan itu ialah ;
“How can anyone say (freedom of religion) only apply to the non-Muslim, it has to be applied equally.
“In Quran, there is no specific term to the Malay as how it should be done,” she said when replying to an audience’s question on whether Malays should be entitled to freedom of religion.
Nurul izzah betul.

Betulnya Nurul Izzah pada pendapat aku bukanlah bermaksud dia sokong murtad. Aku tak nafikan yang nurul izzah should using term "non-malay" bukan nya "non-muslim". Ini la masalah di malaysia yang mana kita telah diserapkan dengan persepsi serong bahawa ;

Asal melayu mesti muslim.

So disebabkan itulah nurul izzah secara tidak sedar telah menggunakan term yang salah untuk menjelaskan pandangan dia. Pandangan dia betul. Aku bahkan bersetuju malahan lebih liberal lagi dari nurul izzah.

Di malaysia jikalau ada melayu or muslim yang telah murtad. Dan katakanlah dia telah berkahwin. Dan menghasilkan anak. Oleh kerana ibu or bapa or kedua2 dari mereka telah murtad or tidak mengamalkan ajaran islam so anak2 ini tidak harus di anggap sebagai penganut muslim. Kenapa? Sebab ibu dan bapa mereka tidak mengamalkan ajaran islam.

Bagaimana kita patut dan boleh menghukum anak2 yang tidak tahu satusen pasal islam disebabkan mereka tidak pernah mempelajarinya? Mengapa harus diapplykan term islam ke atas mereka sedangkan mereka tidak pernah mengenalinya?

Mereka membesar dan tidak mengetahui apa itu islam. Tahu2 jek dalam ic tulis islam disebabkan mereka melayu. Dan disebabkan term melayu itu mereka terpaksa terima islam? Adakah adil buat mereka? Adakah patut orang melayu itu menganuti islam hanya kerana perlembagaan malaysia menyatakan itu?

Dan bila mereka tertangkap or terkantoi dalam satu2 aktiviti yang kita jangka kan biasa jek kalau non muslim buat, terus kita hukum mereka sebagai murtad sedangkan dari awal lagi mereka memang bukan islam. Patut ke?

Itu belum masuk lagi kes perkahwinan campur. Ada nya melayu2 yang murtad. Ataupun melayu2 yang terus keluar dari landasan islam. Tetapi tak mengakui terang2 seperti lina joy. Sekadar tak amalkan ajaran islam sebenar.

So mereka2 ini menghasilkan anak2. Dan anak2 neh membesar tanpa haluan islam. Bila mereka melakukan apa2 kesalahan wajar ke kita mengatakan mereka murtad sedangkan mereka tidak terdidik dengan islam?  

Mengapa pula kita harus menghukum mereka mati or bunuh hanya semata2 mereka menolak islam disebabkan mereka tidak pernah mengenali islam tetapi di anggap muslim disebabkan keturunan or bangsa?

Itulah yang sebenarnya disampaikan oleh Nurul Izzah. Dan itu memang betul pada pandangan aku. Oleh kerana aku lahir dalam suasana kahwin campur dan mempunyai ramai kawan2 yang mana ibu bapa mereka kahwin campur dan aku tak nafikan ada di antara mereka yang 'bukan muslim' tetapi aku tak hukum mereka. Bukan kerana aku menolak islam tetapi memang mereka tak layak dihukum.

Oleh kerana mereka memang bukan islam sejak lahir disebabkan ibu or bapa or both murtad, so aku tak boleh nak letakkan definisi murtad ke atas mereka.  Masyarakat umum letak sebab mereka tak faham situasi dan tak nampak permasalahan dalaman.

Dan bila kita cakap, orang mula cop kita macam2. Label kita macam2. Cakap kita macam2. Begitulah begini la. Menyokong kebebasan beragama la. Menakut2kan kita dengan gertakan dan kata2 yang menghukum kita. 

Dari dulu lagi aku tak faham. Mengapa pula anak2 yang salah bila ibu or bapa or kedua2nya murtad? Dan kenapa pula anak itu harus di anggap muslim hanya semata2 dia berketurunan melayu or separuh melayu? Tidak kah ko nampak disitu? Ibu or bapa or kedua2 nya telah murtad. Jadi mengapa pula anak2 yang lahir dari keluarga seperti itu harus di anggap muslim juga?

Sama kes nya juga bila Nurul Izzah up isu LGBT. Apabila seseorang itu gay dan sebagainya, jika dia melakukan hal tue secara sorok2, or sembunyik2, tidak menayang, menunjuk or menceritakan kepada umum, kenapa pula kita kena menghukum mereka?

Jika mereka mempromosikan budaya itu ya, kita boleh memberikan respon balas. Kita boleh mewujudkan garis panduan, undang2, polisi dan hukuman. Tetapi jika aktiviti itu dilakukan secara tertutup kenapa pula kita perlu menghukum mereka?  

Mereka tidak mengakui. Tidak pula mempromosikan ia. Bukan kah kita patut hormati privacy mereka? Jangan2 mereka sedang usaha untuk berubah dan insaf. Adil ke kita menilai mereka yang menyorokkan dan menyembunyikan perkara tersebut?

Sebab tue aku tak faham sangat kenapa seme sibuk nak balon nurul izzah. Bagaimana pula kenyataan dia tue boleh di anggap sokong murtad sedangkan dia cuma menyatakan sedikit kekeliruan yang timbul disebabkan definisi melayu.

Aku juga bukan penyokong murtad. Aku setuju jek jika penganut muslim yang memang terdedah dan mempelajari islam jika mereka murtad, mereka patut ditarbiah, dirawat dan akhir sekali dihukum jika perlu.

Yang aku tak setuju, tak sokong bahkan menentang ialah jika penganut melayu dihukum kerana mereka tidak mengenali islam. Maaf, aku tak nampak apa perlunya melayu itu wajib beragama islam. Sama seperti aku tak nampak, apa logiknya kenali islam melalui arab.

Bai. 

Penjelasan penuh nurul izzah disini.    

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...