Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 November 2012

Jam 1 pagi jumpa hantu.

Kisah benar.

Sekarang memang tengah kecoh citer hantu. Aku pun nak selit juga pengalaman aku. Just untuk perkongsian sesama kita. Bukan apa kadang2 kita simpan sendiri pun tak syok juga. Apa salahnya kita share pengalaman kita kot2 terjumpa plak member yang mempunyai pengalaman yang sama kan.

Korang pernah tak terserempak or terlalu or terjumpa apa2 pokok yang besar gedabak? Aku percaya ramai di antara korang mesti cakap ya punya. Good. Aku pun pernah. Pokok2 ini kalau kita lihat di waktu siang memang takde rasa apa. Biasa2 jek. Macam kita tengok pokok lain. Just pokok ini besar gedabak jek yang kita macam terperasan kewujudan dia.

Tapi cuba lihat waktu malam. Gila babun arh kalau tak seram. Nak2 lampu suram or samar2. Lepas tue sekeliling dia takde apa. Just dia jek terbentang kat situ sorang2. Macam maharaja pokok. Sebut betul2. Maharaja pokok, bukan maharaja lawak oke. Ini bukan sketsa ibrahim ali beb. Muahaha.

Sambung balik.

Masa tue zaman AES takde. Nak pecut suka ahti seme boleh. Sekali tersandung depan pokok besar. Gila arh kaw. Berdarah siot. Bukan kaki aku. Tangan? Pun bukan juga beb. Dahi? Bukan. Habis apa? Tah. Aku pun tatau. Aku raba satu badan. Apa yang sakit? Haram. Seme normal.

Tapi siyes darah tue macam baru. Bukan darah aku. Takan tanah tue berdarah kot? Aku jatuh atas dia, aku tak berdarah tapi dia plak berdarah? Gila arh. Songsang sungguh pemikiran aku. Agak2 la weh nak merepek pun. Muda2 lagi dah gila. Cakap aku dalam ahti kepada diri aku sendiri.

Srettttt..

Ahh. Bunyi apa tue?

Daun? Angin? Kucing? Ular????

Makkkk.. 

Jerit dulu. Paling kemudian. Apa pun takde. Rileks la weh. Buat apa takutkan diri sendiri kan.

Sreeettttt...

Ada lagi. Kiri kanan sat. Clear. Atas bawah. Clear. Depan belakang. Clear. 

Oke. Baik aku chow. Lupakan kisah darah sapa tue. Aku taknak tahu. Jam dah pukul 1 pagi. Tue seme tak penting beb. Bunyi2 pelik tue lebih penting sekarang neh. Kang dia sreeett kali ketiga terus keluar lembaga plak tak pasal2 aku mati terkejut kang. Baik blah.

Ehh..

Apa benda atas bahu aku neh?

Melayang2 jek..

Ringan.. nipis.. jangan2..

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....


Huh.. risalah rupanya.. tarik nafas.. hip hip horayy..

Risalah apa neh.. terkejut siot. Nasib baik tak mampos.. jap? 

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Kosmoooooo tolong laporkan dalam paper esokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Aku jumpa gambar hantu kat pokok besar gedabakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk 

LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...