Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2012

Kenapa saya menolak sistem pemerintahan beraja di Malaysia..


Kenapa ramai sangat yang sentap bila isu raja diperdebatkan di malaysia? Kenapa bila kita menyuarakan pendapat itu di anggap kita sedang menghina raja? Apakah salah bila seseorang ada pendapat tersendiri mengenai sistem beraja di malaysia?

Aku belum pernah jumpa. Bahkan tiada juga di kalangan penyokong2 pakatan rakyat yang pernah aku jumpa secara nyata. Yang terang2 sependirian dengan aku dalam isu raja. Dari apa yang aku selalu jumpa, dorang selalu berkias dan tidak mahu sangat membincangkan isu raja. Bagi mereka itu agak sensitif untuk disentuh. 

Aku tak faham. Bahkan tak pernah faham. Kenapa pula berbincang mengenai demokrasi raja berperlembagaan itu di anggap sensitif? Bukan kah itu satu prinsip pentadbiran yang terdapat di malaysia? Mengapa pula membincangkan itu di anggap boleh mencetuskan kesensitivitian?

Inilah pandangan aku.  

Berhenti melabel dan mengecop sehingga ko benar2 menghabiskan bacaan. Berhenti juga berprasangka bahawa aku sedang menghina mana2 sultan sedangkan aku tidak pernah melakukan perkara tersebut. 

First, aku terpaksa mengaku. Aku bukan sangat kesultanan dan kemelayuan.

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan. Agung ketua tertinggi yang mewakili negara kita manakala perdana menteri pula dilantik oleh parti yang memenangi pru setiap 5 tahun untuk menjalankan kerja2 pentadbiran negara. 

Agong dan sultan2 kita mengetuai hal2 yang berkaitan dengan islam dan adat istiadat melayu manakala perdana menteri pula mengetuai kerja2 pentadbiran. Kita sebut sekali. Mengetuai hal2 berkaitan ISLAM dan adat istiadat melayu.

Jadi kita sudah ada persepsi. 

Sultan mengetuai islam. 

Sultan adalah mereka2 yang tidak akan melakukan apa2 perkara yang berbeza dari tuntutan islam.

Sebab sultan mengetuai islam.

Ini logik akal. Sama seperti peranan mufti. Bukan sesiapa boleh pegang jawatan mufti. Mestilah mereka2 yang arif agama jek boleh pegang jawatan tersebut. So sama juga la dengan sultan. Oleh kerana mereka mengetuai agama islam sudah semestinya kelakuan mereka selaras dengan apa yang mereka ketuai or wakili.

Ya Allah. Bayangkan. Tiba2 ko terserempak or terjumpa or ternampak, terlihat, terbaca, tertahu, tertengok sultan or mana2 anak sultan tidak mencerminkan apa yang mereka ketuai.

Tepuk dada. Bohong cakap kalau ko tak terkejut. Tepuk otak. Bohong kalau ko cakap ko tak tersentap. Tepuk ahti. Bohong cakap kalau ko tak mempersoalkan ia. Aku sesungguhnya sangat normal. Jadi aku mempersoalkan ia.

Oleh kerana apa yang aku lihat berbeza dari apa yang sering dimomokkan dan digambarkan kepada aku maka sudah semestinya lama kelamaan aku akan menolak. Aku sudah tidak nampak fungsi nya lagi. Rakyat macam aku tidak boleh dipersalahkan.

Aku tidak pernah memaksa mana2 sultan or mana2 anak sultan untuk bertingkahlaku jauh sejauh jauhnya dari landasan islam sebenar. Aku tidak pernah ada hak untuk mengawal dan menyuruh mereka melakukan apa2 perkara.  

Mereka bebas untuk melakukan apa2. Sepertimana mereka bebas menayangkan ia. Jadi kenapa pemikiran aku harus dikawal pada masa mereka bebas menayangkan ia? Nyatakan kenapa aku salah bila aku menolak kehipkrasian itu? Nyatakan kenapa aku salah hanya kerana aku menyatakan pendapat aku? Kenapa pula aku salah bila aku mempersoalkan ia?

Itu satu.  

Bila ia bukan "islam" tetapi membawa label islam dalam acara rasmi, walaupun aku cuba aku tetap tidak boleh kerana ini bukan apa yang Allah swt nyatakan. Walaupun aku boleh menipu, berpura2, hihi haha, tetapi akhirnya di akhirat sana aku tetap kena. Bahkan seme bersubahat tetap kena. Samada aku kena sekarang dengan pemerintah atau aku kena akan datang dengan Allah swt aku tetap kena.

So lebih baik aku pilih kena dengan orang berbanding kena dengan Allah swt sementelah aku lebih takutkan Allah swt berbanding orang. 

Yang kedua.

Yang aku tak pernah faham.  
  
Agong dan sultan dibayar elaun tiap2 bulan. Wang tue datang dari pembayar cukai. Bukan daun or mana2 pokok kelapa. Jauh sekali turun dari langit. Tujuan pembayaran aku terpaksa cakap. Aku memang tatau. Tetapi aku percaya. 

Ia berkaitan dengan tugas2 yang raja dan sultan jalankan selama neh. Tetapi aku belum nampak. Bagaimana berkesan nya tugas2 mereka ke atas rakyat marhaen. Maksud aku disini apakah kesan langsung dan kebaikan yang sultan bawa untuk rakyat marhaen?

Adakah dengan mengetuai adat istiadat melayu?

Atau adakah dengan merasmikan apa2 hal berkaitan islam?

Bagaimana pula dengan rakyat yang miskin? Rakyat yang merempat? Rakyat yang marah dikenakan cukai yang tinggi oleh pemerintah? Tak boleh ka sultan2 ini sound bn hey bien apasal ko kenakan cukai mahal2 untuk rakyat jelata beta? Beta titahkan ko turunkan cukai atau ko kena dengan beta.

BN, beta dengar ko semakin kurang ajar dan biadap dengan melaga2kan rakyat beta. Cina, india dan melayu seme rakyat beta dan beta sayangkan mereka sama rata. Berhenti melaga2kan rakyat beta atau beta akan hukum ko.

BN, beta dengar najib galak berkpop. Dalam masa yang sama dia sembang kencang pasal wasatiyah dan naikkan harga gula. Tatau ke dia yang rakyat beta sedang terseksa dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi? Beta perintahkan najib minta maaf dan segera turunkan harga gula atau beta sendiri akan turunkan bien dari tampuk pemerintahan.

Jika ini. Jika ini yang sultan aku buat alangkah seronoknya aku berada di barisan hadapan mempertahankan sistem demokrasi raja berperlembagaan. Aku sanggup berdemo untuk mereka.     

Tapi sayang. Aku hanya bermimpi. Mungkin la benar. Mungkin la benar memang sultan johor tak gunakan wang pembayar cukai. Mungkin la benar wang2 tersebut kembali kepada rakyat. Sultan johor menggunakan wang sendiri untuk berbelanja.

Tetapi bukan itu jek yang rakyat johor perlukan. Bukan itu jek yang rakyat malaysia mahukan. Kita mahukan lebih dari sultan2 kita. Kita mahukan sultan kita act sebagaimana apa yang mereka ketuai. 

Mereka ketuai agama islam maka kita berharap sangat sekadar jadi imam pehhh petik jari jek wa cakap lue. Sultan2 kita seme expert bab tue. Kita juga mahu sultan2 kita mempertahankan kita bila bn membuli kita. Usah kata bn, bila mana2 pemerintah bahkan pr sekalipun jika mereka membuli rakyat kita mahu sangat, harap sangat sultan2 kita ada disitu, untuk kita.

Oleh kerana aku tak nampak. Aku tak boleh lihat. Atau mungkin juga aku belum sedar. Jadi aku tak boleh faham. Kenapa aku harus mempertahankan satu sistem yang mana aku sendiri langsung tak terkesan dengan kewujudan dia.

Jika aku salah, maka nyatakanlah wahai sultan2 malaysia.. kenapa aku salah kerana berpendapat seperti ini..  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...