Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Disember 2020

Muafakat Nasional Tidak Akan Didaftarkan Sebagai Gabungan Politik - Annuar Musa

POLITIK | Muafakat Nasional (MN) melibatkan Umno dan PAS sama sekali tidak akan didaftarkan sebagai satu gabungan parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kata Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

"Jawatankuasa pemandu MN minggu lalu bersetuju untuk meneruskan gerakan kerjasama. Ia tidak semestinya perlu didaftarkan kerana Umno sudah berdaftar dalam BN manakala PAS dalam PN.

"Umno masuk pilihan raya akan guna logo BN manakala rakan kerjasamanya ialah PN. Pilihan raya ialah BN dan PN,"
katanya, memetik laporan portal Bernama hari ini.

Menurut Annuar lagi, MN merupakan satu gerakan untuk penyatuan muafakat dan kerjasama yang tidak terbatas kepada politik, selain boleh membabitkan banyak pihak.

Sehubungan itu katanya satu penerangan akan diberikan kepada umum untuk menjelaskan peranan MN bagi mengelak kekeliruan.

Terdahulu, UMNO menuntut agar gabungan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai sebuah parti politik semasa menilai semula kerjasama parti itu di dalam Perikatan Nasional. - 12 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...