Sabtu, 12 Mei 2018

50 Beg Berjenama Birkin Dipindahkan Guna Van JPM Ke Unit Kondo Pavillion, PPBM Buat Laporan SPRM.

Kenyataan Media
PEMUDA PPBM MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA CUBAAN MEMINDAHKAN / MENYEMBUNYIKAN SEJUMLAH 50 “HANDBAG” BERJENAMA BIRKIN DIPERCAYAI MILIK ROSMAH MANSOR YANG SETIAP SATUNYA TIDAK KURANG DARIPADA RM200,000 KE DALAM DUA BUAH UNIT KONDO MEWAH DI IBU NEGARA.
1. Kami ada menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan daripada sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL. Setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.




2. Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kpd penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
3. Oleh kerana DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku *Exco Pemuda PPBM Nasional* ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut.
4. Selain daripada tas tangan yg mencurigakan, van yg membawa tas tangan tersebut tertera *Jabatan Perdana Menteri* dan Jata Negara Malaysia. Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan utk kegunaan peribadi.
5. Satu laporan telah dibuat kepada pihak polis di IPD Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan. Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.
6. Kami Pemuda PPBM akan terus bersuara untuk memperjuangkan hak rakyat dan melawan Najib Razak, Bapa KLEPTOKRASI Negara .
Yang Berkhidmat ,
Ben Ali 
Exco 
Pemuda PPBM Nasional
Rafiq Hakim Razali
Bendahari 
Pemuda PPBM Nasional
Azizi Sulaiman 
Exco 
Pemuda PPBM Nasional

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...