Rabu, 9 Mei 2018

Surat PAS Seru Sokong BN Tersebar, SU Jawab Ianya Fitnah. #GE14

Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Presiden PAS

SURAT PALSU DAN FITNAH DISEBAR
Saya menerima satu surat palsu dan fitnah atas nama Presiden PAS yang ditularkan di media sosial.

Buktinya surat tersebut menggunakan kepala surat (letterhead) bertulis "Pejabat Presiden" sedangkan sebarang surat menyurat atas nama Presiden tidak menggunakan perkataan itu. 


Bahkan, kami tidak pernah menulis ucapan salam dengan perkataan "Assalamualaikum..." dan alamat dan email juga adalah tidak betul.


 

Justeru itu, pihak kami menafikan surat tersebut dan ternyata ia satu fitnah dan palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu yang berniat jahat.

Sekian. Terima kasih.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...