Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mei 2018

Utusan, BH Online Padam Laporan Berita Calon PAS Kelantan Bakal Masuk Penjara.

Semalam tular laporan berita yang disiarkan menerusi BH Online bahawanya salah seorang calon PAS Kelantan iaitu Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dilaporkan bakal masuk penjara kerana gagal membayar nafkah anak.
 
Perkara itu juga dilaporkan oleh Utusan Online dan Malaysiakini. Bagaimanapun Malaysiakini meletakkan BH Online sebagai sumber berita utama rujukkan ketika melaporkan berita tersebut.
 
Namun semakan kami pagi tadi mendapati kedua-dua portal pro Barisan Nasional itu didapati telah memadamkan laporan berita tersebut.

Utusan : http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/waran-tangkap-ke-atas-calon-pas-1.666928

Berita Harian : http://www.bhplus.com.my/berita/kes/2018/05/421881/waran-tangkap-terhadap-calon-pas

Utusan menyiarkan 'error 404' di web mereka, manakala BH Online pula seperti kebiasaannya apabila mereka memadamkan artikel, halaman yang kosong/blank akan terpapar sebagai gantinya.

Namun portal Malaysiakini masih melaporkan berita berkenaan, mungkin mereka tidak menyedari langkah yang diambil oleh kedua-dua portal itu.
 

Sementara itu tinjauan kami di Facebook mendapati admin halaman Friends Of Gagasan Sejahtera mengesahkan laporan berita mengenai Ustaz Wan Ismail yang bakal ditangkap itu sebenarnya adalah palsu.

"Petang tadi viral satu berita palsu tentang Mahkamah Syariah di Kelantan mengeluarkan waran tangkap ke atas calon PAS di Parlimen Ketereh yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh iaitu Al Fadhil Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh kerana gagal memberi nafkah kepada anak beliau sendiri.

Kami telah menghubungi beberapa pimpinan tertinggi PAS di Kelantan untuk memberi komen tentang perkara ini. Rata-rata pimpinan PAS menafikan berita tersebut.

Ini adalah satu lagi fitnah terhadap pemimpin Islam. Insya Allah PAS dan Gagasan Sejahtera akan meneliti laporan berita palsu ini dan akan memberi surat saman kepada semua yang memviralkan berita tersebut di bawah Akta Berita Palsu.

Diharapkan kepada semua jentera dan pejuang Islam di Ketereh khasnya memberi fokus yang lebih utuh untuk memenangkan perjuangan Islam.

Fitnah-fitnah yang mendatangkan ini tidak akan melenturkan semangat jihad untuk melaksanakan syariat agama Allah di Malaysia. Takbir!!!!,"
katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook.

Bagaimanapun pihak kami masih lagi menunggu kenyataan yang lebih rasmi dari pihak parti untuk mengesahkan perkara ini.

Laporan berita yang tersiar di Malaysiakini;

Seorang pemimpin PAS yang menjadi calon dalam PRU ke-14 ini berdepan kemungkinan dipenjara sebulan ekoran waran tangkap yang dikeluarkan sebuah mahkamah rendah syariah di Kelantan.

Melalui perintah yang dikeluarkan itu Wan Ismail Wan Jusoh didakwa gagal membayar tunggakan nafkah bernilai RM78,000 sejak 2011.

Nafkah itu sepatutnya dikeluarkan Wan Ismail untuk dua anaknya hasil pernikahan dengan seorang wanita Kemboja, Siti Aishah Chou Abdullah.

Peguam syarie yang bertindak bagi pihak Siti Aishah, Rosmah Mohd Zain, berkata waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Katanya saman penghutang penghakiman itu dikemukakan pada 4 Jan lalu supaya Wan Ismail - kini menjadi calon PAS untuk kerusi parlimen Ketereh - menjelaskan tunggakan berkenaan.

Kata Rosmah tunggakan yang dituntut Siti Aishah ialah dari Julai 2011 hingga Dis 2017 untuk dua anaknya yang kini berusia 13 dan 12 tahun.

Memetik kenyataan peguam syarie berkenaan BH Online melaporkan waran tangkap itu dikeluarkan hari ini supaya polis dapat menangkap Wan Ismail, 63, dan memasukkannya ke penjara selama sebulan.

Rosmah memberitahu Siti Aishah - seorang mualaf - membuat tuntutan nafkah terhadap Wan Ismail pada 2009 untuk dua anak mereka selepas pasangan terbabit disahkan bercerai pada 18 Nov 2008.

Bagaimanapun, kata Rosmah, Wan Ismail gagal membayar nafkah RM1,000 sebulan seperti diarahkan Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu pada 13 Julai 2011.

"Wan Ismail berkahwin dengan Siti Aishah pada 1 November 2004 di sebuah masjid di Narathiwat, Selatan Thailand sebelum melafazkan cerai di luar mahkamah tanpa kebenaran pada 16 April 2008," katanya.

Menurut Rosmah selepas bekas anggota dewan undangan negeri Melor itu gagal membayar nafkah sejak Julai 2011 Siti Aishah sekali lagi memfailkan saman penghutang penghakiman supaya anggota PAS berkenaan membayar tunggakan nafkah antara Julai 2011 hingga Disember tahun lalu.

"Wan Ismail pada ketika itu sudah bersetuju untuk membayar kesemua tunggakan ke sebuah akaun anaknya, namun akaun itu didaftar atas nama Wan Ismail dan anaknya.

"Keadaan ini menyebabkan Siti Aishah tidak dapat mengeluarkan wang berkenaan untuk diberikan kepada anaknya,"
kata Rosmah.

Ekoran itu, Siti Aishah sekali lagi merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu pada hari ini.

"Sebelum ini, mahkamah sudah mengeluarkan perintah sekiranya dia (Wan Ismail) gagal membayar tunggakan nafkah anak dalam masa seminggu bermula 27 Februari, dia akan dipenjara selama sebulan.

"Hari ini kita menerima notis penghakiman dan mahkamah memutuskan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Ismail,"
katanya. - 7 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...