Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Mei 2018

Wartawan Kongsi Cerita Diselamatkan Dari Perusuh Dengan Hanya Menyebut Nama Mahathir..

Oleh : Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Tahun 2006, saya diamanahkan menjadi hos sebuah travelogue ke garisan krisis dan zon perang, ‘Ziarah’.

Satu episod tu kami kena masuk Afghanistan, jadi kami pun atur perjalanan dari Peshawar, Pakistan menuju Kabul untuk ke Bamiyan.




Di Genting Kyber (no man’s land), wilayah tak da undang-undang la senang cakap, kita dapat tengok rumah2 yg diperbuat dari tanah liat berdinding tinggi penuh dengan lubang2 ditembusi peluru.

Kawasan ni memang ada saja pertembungan antara puak.

Kita naik dua kereta sewa. Saya dan Dangsuria Zainurdin dan seorang jurubimbing perjalanan warga Pakistan dalam kereta sewa depan. Jurukamera dan krew lain Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah kereta belakang.

Tiba2 nak jadi cerita hari tu, ketua puak sebuah kampung menyekat laluan lalulintas. Berderet2lah kenderaan dengan bunyi hon yg bingit. Dia orang protes, mintak kerajaan Pakistan bekalkan elektrik 24 jam pasal kat situ tak da bekalan elektrik.

Pemandu kereta sewa kami nak tunjuk terror dan mungkin jugak kejar ‘trip’, dia dah buat pandai sendiri. Dia cilok masuk kot laluan celah rumah2 kampung tu. Yang bestnya kereta lain pulak ikut sekali. Panjang pulak yg mengikut kereta kami lalu celah2 rumah tanah liat tu.

Vroom sana vroom sini, cari punya cari laluan ke jalan utama balik. Bila final vroom, kereta kami keluar betul2 tempat penduduk kampung buat protes, melintang satu treler panjang blok laluan 2 lorong di kawasan pergunungan tu.

Saya dah mula rasa cemas, tiba2 keluar dr perkumpulan tu adalah ketua kampung sendiri dengan pedang samurai panjang berkilat! Mata dan muka ketua kampung tu merah padam pasal kereta kami yg mulakan laluan tu dan tak ikut arahan dia.

Saya memang kecut perut dan mampu dok baca dalam hati ‘Lailahailla antasubha nakainnikuntuminazzalimin...’

Ketua kampung arahkan pemandu kami keluar dan mereka seolah bergaduh. Lama jugak. Orang lain dalam kereta2 belakang pun tak berani keluar langsung.

Memang kami tak faham la pasal mereka cakap dalam bahasa Poshtun. Tiba2 saya dengar pemandu kami cakap ‘MALAZI MALAZI MALAZI’ (lebih kurang ahhh).

Lepas tu, ketua kampung dengan pedang samurai tu berlari ke arah kami. Ya Allah, masa tu saya rasa dah macam darah dah tak jalan dah.

Melalui tingkap kereta yg dibuka, dia tengok tepat kat mata kami dengan mata bulat merah dan berkata...”PASSPORT!!!!”

Terketar2 kami cari passport kat dalam bag dan bagi kat ketua kampung tu.

Dia belek2 dan akhirnya kata kat kami “MALAYSIA?MALAYSIA?!!!"
Kami buat muka kesian cakap "YESSS’...

Tiba2 dia cakap lagi “MALAYSIA? MAHATHIR? MALAYSIA? MAHATHIR?...”

Kami buat muka lagi kesian “Yes...”

Lepas tu, kami terkejut giler dia kata “Go!”

Ketua kampung tu akhirnya lepaskan kereta yg saya naik dan kereta krew sahaja.

Nasib kereta lain kami tak tahu.

Bila dah lepas kawasan tu, pemandu tu kata kat kami “MAHATHIR SAVED US!!!”

Jantung saya macam stop kejap, pasal kat tempat terasing dari urusan dunia macam tu pun, mereka boleh sebut nama MAHATHIR.

Saya tak dapat nak describe perasaan kagum dan bangganya masa tu jadi rakyat Malaysia.

Tahun 2017, tahun lepas pulak saya ke Yemen yang tengah ada perang saudara.

Satu hari tu, kita diberi kebenaran bertemu dengan Menteri Pertahanan kerajaan yang diiktiraf. Saya dah lupa nama beliau. Mungkin Lutfy Hafify boleh ingat?

Menteri tu kata “If you dont want Mahathir, lend him to us to fix our country”.

Kita cuma saling berpandangan dan senyum je.

Ok, kalau Tun M tak menang semalam pun saya dah ada niat nak share jugak story2 ni tapi...mungkin timing la kot...

N infact, saya nak mengaku juga saya antara yg menangis teresak2 bila tonton video viral Tun M dan budak tu 😭.

Bukan apa...saya rasa macam hidup kita ni tak lama...tak tahu bila akan dijemput...saya rasa kadang2 serangan yg Tun M dapat nampak macam ‘terlebih’ sikit.

Saya rasa bukan penyokong Tun M sahaja yg happy malah dunia Islam secara keseluruhannya pun turut sama menyambut dengan penuh riang.

Macam2 rekod dunia Tun M dah catat semalam dan yg paling nyatanya Tun M buktikan tiada apa yg mustahil.

Apapun, secara peribadi saya cukup menghargai jasa-jasa kepimpinan terdahulu yang tidak dapat saya nafikan banyak membantu laluan kehidupan saya selama ini.

Terima kasih DS Najib dan Team yang secara matang dan professional menerima keputusan PRU14.

Walaupun dah panjang ni, saya tetap kata undi saya adalah rahsia ✌🏽 Cuma nak kongsi sikit cerita je.

Kepada kepimpinan baru, prestasi anda akan diperhati dan dinilai rakyat dari sehari ke sehari. Jadi kena buktikan betul2...

Alhamdulillah, Allah izinkan saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk buat perbandingan yg lebih ‘apple to apple’ di masa akan datang kalau dipaniangkan usia.

✌🏽.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...