Ahad, 13 Mei 2018

Rumah Kondo Milik Keluarga Najib Diserbu Oleh Pihak Polis.

Sebuah unit kondominium milik salah seorang ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak yang terletak di sekitar Kuala Lumpur diserbu oleh sepasukan pihak polis lapor Awani sebentar tadi yang memetik sumber Reuters.


Laporan itu menyebut, sumber Reuters melihat sekurang-kurangnya 20 anggota polis dilihat memasuki bangunan kondominium Pavillion Residents bagi mencari beberapa dokumen sensitif berkaitan negara yang dibimbangi oleh kerajaan baru ia akan 'dibawa lari'.

Pavillion Residents ialah sejenis kediaman mewah yang terletak di tingkat atas Pavillion Mall.

Bangunan itu dimiliki oleh Desmond Lim seorang ahli perniagaan yang kaya raya dan juga penyokong kuat kepada Najib Razak.

Dua pegawai polis senior mengesahkan perkara itu kepada sumber Reuters ketika ditanya mengenai tujuan serbuan dilakukan.

"Kami mencari beberapa dokumen sulit yang sensitif milik kerajaan yang mungkin telah dibawa keluar (lari).

Kerajaan (baru) bimbang dokumen-dokumen itu mengandungi kerahsiaan yang amat sensitif dan penting akan dibawa keluar dari negara ini,"
kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan media kerana tidak sepatutnya bercakap mengenai hal itu kepada mana-mana wakil media, lapor Reuters.

Wakil polis itu juga enggan mendedahkan samada operasi mencari dokumen sulit itu berjaya ataupun tidak sebaliknya hanya memberikan respon perkara itu masih dalam proses.

Kondominium itu diduduki oleh ahli keluarga rapat Najib namun pihak polis enggan mendedahkan nama yang tinggal di unit kondo itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Reuters juga telah mengambil langkah menghubungi Najib, Rosmah Mansur, wakil Najib untuk mendapatkan respon mengenai serbuan itu namun gagal.

Terdahulu satu laporan SPRM dibuat apabila saksi melihat van milik JPM telah digunakan bagi mengalihkan beberapa kotak yang dipercayai didalamnya mengandungi beg berjenama mewah Birkin ke sebuah unit kondominium di Pavillion Residents.

Serbuan itu dipercayai ada kaitan dengan laporan yang dilakukan pada pagi sabtu. - 13 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...