Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Mei 2018

Ketua Menteri Melaka Yang Baru Berfahaman Syiah? Ini Pandangan RORA.

Sejak dua hari lepas, Ketua Menteri Melaka yang baru, Adly Zahari, 47 tahun telah diserang bertubi-tubi di laman sosial kerana terdapat pihak tertentu yang mengaitkan Ketua Menteri Melaka yang ke 11 itu dengan aktiviti syiah.

Post yang ditulis oleh Lebai Kampung di Facebook itu mendapat sambutan netizens dan menjadi tular di laman sosial sekaligus menimbulkan pelbagaian sangkaan ke atas Adly.



Mengulas dakwaan tular itu, Naib Pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, tuduhan yang mengaitkan Ketua Menteri Melaka dengan fahaman Syiah merupakan tuduhan liar dan posting di Facebook pula sebenarnya telah disalaherti.

"Tuduhan-tuduhan liar yang tular di media sosial dengan memfitnah kononnya Ketua Menteri Melaka yang baharu dilantik ini berfahaman syiah, benar-benar mendukacitakan saya dan sahabat-sahabat lain yang mengenalinya secara rapat.

Posting beliau di FBnya telah disalah ertikan sehingga tergamak beliau dituduh sebagai berfahaman syiah. Adly Zahari merupakan sahabat yang akrab, seorang yang kuat berpegang kepada teras fahaman ahli sunnah wal jamaah, dan pada masa yang sama, begitu berminat mengkaji dan memahami dunia falsafah.

Bakatnya menyerlah khususnya dalam menganalisis serta menghurai pelbagai aspek fahaman dan ideologi yang mewarnai dunia Islam. Mengenali dan bersahabat dalam dunia perjuangan politik Islam, kami dan teman-teman sangat akrab dan sepanjang saya mengenali hati budi dan akal fikirannya, tiada setitik pun pengaruh fahaman syiah mencemar kotak fikirannya. 


Ternyata fitnah liar itu seolah-olah sengaja ditular agar nama baik Ketua Menteri Melaka yang baharu itu tercemar dan batang tubuhnya akan menjadi sasaran kebencian orang ramai. Saya berdoa agar saudaraku Adly Zahari tabah menghadapi gelombang awal yang cuba mengganggu kepimpinannya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Gambar - Berita Harian
Ustaz Rozaimi Ramlee juga mengulas dakwaan tersebut dan meminta Adly Zahari untuk tampil dengan satu kenyataan yang tegas berhubung isu yang dibangkitkan.

"Ramai bertanya saya tentang isu KM Melaka yang baru dan kecenderungan beliau terhadap syiah.

Ingin saya tegaskan bahawa isu keterlibatan seseorang dengan akidah syiah adalah sangat serius kerana ia merupakan isu akidah terutamanya apabila ia dikaitkan dengan pemimpin negeri.

Justeru, saya merasakan keperluan YAB Ketua Menteri Melaka yang baru untuk menyatakan pendirian beliau segera dalam isu ini supaya rakyat dapat penjelasan sewajarnya. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya dalam isu ini,"
katanya dalam satu kenyataan.

Selain mengulas isu Ketua Menteri Melaka, Ustaz Rozaimi Ramlee ataupun lebih dikenali sebagai RORA itu turut berkata beliau mendapat maklumat terdapat pihak tertentu khususnya golongan agamawan yang cuba mendekati pimpinan kerajaan baru bagi menyebarkan fitnah ke atas golongan tertentu.


"Saya mendapat berita sudah ada usaha ilmuwan agama yang cuba mendekati pimpinan kerajaan baru dan menyebarkan fitnah kepada golongan tertentu dengan labelan yang tidak sewajarnya.

Saya teringat kisah Ghiyath bin Ibrahim yang rela mencipta hadis palsu semata-mata untuk mengampu pemerintah pada masa itu untuk mendapatkan kedudukan.

Justeru, apalah sangat memfitnah orang lain dengan gelaran wahabi/pro liberal tanpa bukti jika hadis palsu pun rela dilakukan.

Kepada pihak pimpinan kerajaan yang baru, sila berhati-hati dengan fenomena ini. Kita mahukan Malaysia yang baru, jauh dari pengampu dan penjilat. Naratif agama yang patut dibawa ialah naratif yang segar, terbuka, akademik dan progresif. Moga sama-sama kita dapat membina negara,"
katanya di Facebook hari ini. - 14 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...