Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mei 2018

Dan Kenapa Pengundi Di Perak Benci Jamaluddin Radzi..

Oleh : ZF Zamir

Sehari suntuk aku tahan untuk tulis ni. Tapi nampak gaya dah tak boleh tahan lagi.

Rupanya yang melompat sokong PH di Perak tu adalah Adun yang sama melompat ke BN semasa krisis 2009 yang lepas.




Sebagai makluman, aku ni mengundi pertama kali pada 2008 di N59 Dun Behrang & P077 Parlimen Tanjung Malim. Jamal Lompat tu masa dulu orang panggil dia Jamal Posmen sebab entah macam mana masa tu dia tiba-tiba nak jadi hero bertanding.

Tapi sebab masa tu orang di Dun Behrang ni mahukan perubahan, jadi kami tak banyak soal kau posmen ke kau kerani ke kau siak ke kami undi je. Sebabnya mudah. Jamal Lompat ni parti PKR, parti Anwar Ibrahim.

Ditakdirkan, Jamal Lompat ni menang. Sempatlah dia jadi Adun 11 bulan semasa Pakatan Rakyat memerintah dengan Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar. Pakatan Rakyat pada ketika itu mempunyai 31 kerusi dan BN memiliki 28 kerusi.

Seterusnya adalah apa yang kita baca pada hari ini sebagai Krisis Politik Perak 2009. Selain mengundi Jamal Posmen ni pada 2008, aku juga adalah rakyat yang berada di sekitar krisis politik ni sebab masa tu aku di tahun akhir pengajian di IPG Kampus Ipoh. Ramai junior aku yang terlibat dengan demonstrasi di Mesjid Ubudiah Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 kena tear gas kena kejar polis kena kurung dalam mesjid. Aku juga hadir semasa Sidang Bawah Pokok bila 27 anggota Dewan Undangan Negeri Perak dilarang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk sidang tergempar.

Tahukah anda ada 3 usul diluluskan di bawah Pokok Demokrasi ni? Punyalah teruk krisis akibat 3 Adun Pakatan Rakyat melompat termasuk Jamal Lompat ni sampai kena bersidang bawah pokok? Dan selama ni aku ingat mamat katak ni dah bersara sebab setahu aku orang Dun Behrang dah tak percaya dan menyampah dengan dia.

Rupanya dia buat lompat-melompat ni jadi karier. Parti mana dia ni? Siapa undi dia? Kenapa ada manusia masih percaya dia ni? Aku masih ingat di hari-hari terakhir kempen di rumah, kami bertekak kerana aku terpaksa kempen kepada keluarga aku untuk undi Pakatan Harapan.

Tenang je kakak aku kata dulu dia undi posmen tu, melingkup Perak. Buat apa nak undi Pakatan lagi? Tahukah anda sekali kau robek dan hancurkan kepercayaan rakyat, betapa susahnya kita nak dapatkan semula kepercayaan itu?

Nampak gaya aku terpaksa follow rapat perangai MB baru Perak ni dan join tag team Muhammad Najib dengan Ramli Ngah Talib.

Kalau perlu, mungkin kita sebagai rakyat akan jadi pembangkang utama kepada mainan politik wang atau politik lompat Pakatan Harapan hari ini!

UPDATE - aku dengar beberapa saat sebelum aku tekan post ni ada PC rejek Jamal Posmen. Bagus. Hapuskan karier katak ni. Dia tak tahu ke hati pengundi macam aku ni sakittt bila dengar nama dia?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...