Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.
"Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini," kata sumber dalam satu kiriman mesej, memetik laporan mStar Online hari ini.
Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas Pengarah Risikan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris membuat laporan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau membuat laporan tersebut selepas diminta oleh bekas majikannya untuk berbuat demikian bagi menghalang mereka yang terlibat dalam siasatan untuk melarikan diri.
"Saya sebenarnya diminta oleh bos saya dulu supaya datang buat laporan dengan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksinya tak sempat lari sebelum tindakan diambil.
Itulah antara sebab saya buat laporan," katanya ketika pemberita di luar Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pagi ini.
"Laporan dibuat terhadap Najib dan rakan-rakan sejenayah atau pesubahat kerana disyaki menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan dengan memuaskan," katanya lanjut. - 14 Mei 2018.