Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Mei 2018

Polis Tak Patut Dedahkan Maklumat Serbuan Dan Hasil Rampasan Kepada Orang Awam Kata Rosmah..

Pihak berkuasa tidak sepatutnya mendedahkan maklumat rampasan hasil serbuan di beberapa premis berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata isterinya.

Najib & Rosmah - AFP
Datin Seri Rosmah Mansor yang dipetik sebagai berkata tindakan itu menyebabkan ahli keluarganya menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

“Badan penguat kuasa tidak sepatutnya membuatkan maklumat itu menjadi bahan ketawa di media sosial,” katanya dalam kenyataan melalui wakil peguam dari Valen, Oh & Partners lapor Malay Mail.

Beliau menegur pihak berkuasa supaya sentiasa bersikap profesional dan mematuhi proses undang-undang bagi mengelakkan berlakunya perbicaraan awam yang pramatang.


"Menjadi harapan kami pihak berkuasa akan mematuhi undang-undang dengan bersikap profesional bagi mengelakkan berlakunya perbicaraan awam yang pramatang," kata Rosmah dalam surat peguamnya itu. 

“Disebalik menempuhi waktu yang sukar, kami akan terus bekerjasama dalam sebarang siasatan jika diminta,” katanya lanjut.

Perkataan "Barangan yang didakwa dirampas," ditekankan dalam surat peguam yang ditunjukkan kepada wakil Malay Mail lapor portal itu.


Rosmah tidak menyebut atau menyatakan barangan apa yang dimaksudkan dalam surat itu atau merujuk dimanakah ia dirampas. 


Polis sebelum ini mendedahkan 52 beg tangan pelbagai jenama mewah dirampas pada hari pertama serbuan di kediaman peribadi Najib di Taman Duta.

Selain Chanel, Gucci, Versace, dan Luis Vuitton, turut dirampas pelbagai jam tangan mewah dan wang tunai beberapa mata wang.

Barangan mewah dan wang tunai itu ditemui dalam surau, bilik stor dan bilik tidur salah seorang anak pasangan itu.

Manakala hampir 300 kotak beg tangan dirampas di dua unit kondominium di Pavilion Residences. - 19 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...