Isnin, 14 Mei 2018

Amanah, DAP Ada Perjanjian Sulit Di Johor Adalah Cerita Fitnah.

Kenyataan Media

PENAFIAN FITNAH BAHAWA AMANAH JOHOR MEMPUNYAI PERJANJIAN SULIT DENGAN DAP DALAM PERLANTIKAN EXCO NEGERI JOHOR


1. Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang sedang diviralkan dalam media sosial kononnya ada perjanjian antara Amanah dengan DAP dimana jika calun Amanah menjadi MB Johor maka Amanah akan memperuntukan 4 jawatan Exco untuk DAP dalam Kerajaan Negeri Johor.




2. Fitnah ini mempunyai niat yang sangat jahat bagi memberikan gambaran bahawa Amanah sanggup mengadaikan kepentingan Melayu dan Islam dengan membuat perjanjian sulit tersebut. Fitnah ini mempunyai 2 tujuan iaitu menjadi satu justifikasi kenapa YAB Dato Osman Sapian perlu menjadi MB Johor dan 3 orang YB UMNO (Sedili, Johor Lama dan Endau) yang melompat ke Parti PPBM perlu dianggap sebagai hero dalam menyelamatkan kuota Melayu dan Islam dalam barisan Exco kerajaan Johor.

3. Saya mengharapkan rakyat Johor jangan mudah terpedaya dengan fitnah berniat jahat seperti ini kerana ia boleh menanam bibit-bibit kebencian antara kaum dan agama di dalam negeri Johor yang mana ianya boleh merencatkan usaha PH dalam mengujudkan perpaduan yang kukuh antara kaum dan agamadi negeri Johor.


YB AMINOLHUDA HASAN
Pengerusi
Parti Amanah Negara (Amanah)
Negeri Johor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...