Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mei 2018

Wartawan Veteran Seru Pertahankan Mahathir Sebagai PM Malaysia Kerana Itu Aspirasi Rakyat..

Oleh : Zin Mahmud / Bekas Wartawan Veteran Utusan

Pada tahun 2008 apabila Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga, maka dilihat kemenangan pembangkang adalah kerana kerjasama rapat antara PKR, PAS dan DAP. 



Pada masa itu PKR bergabung dengan DAP di bawah Barisan Alternatif. Tetapi Barisan Alternatif bekerjasama rapat dengan DAP. 

Anwar sedar tentang kekuatan perpaduan ini dan bertindak segera menubuhkan Pakatan Rakyat sebaik saja selepas pilihan raya itu.

Barisan Nasional juga sedar bahawa kekuatan pembangkang terletak pada perpaduan Pakatan Rakyat. Maka cara untuk melemahkan pakatan itu adalah melemahkan perpaduannya. 


Ia cari link paling lemah dalam Pakatan Rakyat, maka didapati ia adalah hubungan antara PAS dan DAP. 

Tetapi hubungan ini pula kuat kerana adanya golongan progresif dalam PAS yang mendokong kerjasama dengan DAP. 

Maka langkah pertama ialah menyingkirkan golongan progresif dalam PAS dulu. Setelah golongan ini dipinggirkan, maka dengan mudah link PAS dan DAP diputuskan dan terburailah Pakatan Rakyat. 

Maka dalam pilihan raya 2018 ini, kejayaan Pakatan Harapan adalah kerana perpaduan PKR, Bersatu, DAP dan Amanah. Jadi untuk melemahkan Pakatan Harapan, ia mesti dipecahkan. 


Untuk itu ia mesti cari link yang paling rapuh di kalangan parti-parti Pakatan Harapan. Hubungan DAP dan Amanah adalah baik. Hubungan Bersatu dengan Amanah juga kuat. 

Yang paling lemah ialah hubungan Bersatu dan PKR. Maka untuk memecahkan hubungan kedua-dua parti itu maka dicari keretakan. 

Maka didapati bahawa dalam PKR terdapat dua fraksi. Di sinilah akan diusahakan perpecahan, dengan tujuan bahawa akhirnya PKR dan Bersatu akan bergaduh dan membawa kepada melerainya Pakatan Harapan.

Tetapi pilihan raya 9 Mei itu adalah revolusi rakyat. Majoriti rakyat menolak Barisan Nasional. Untuk itu mereka mengundi Pakatan Harapan, PAS, Warisan dan lain-lain.
 

Kebanyakan mereka yang menolak Barisan Nasional memilih Pakatan Harapan kerana gabungan ini mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Pertahankanlah Perdana Menteri Dr Mahathir dan perpaduan Pakatan Harapan seperti yang diharapkan oleh rakyat. - 16 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...