Isnin, 14 Mei 2018

Shahidan Mahu Lompat Ke Pakatan Harapan? Ini Respon Pemuda PPBM Perlis.

Kenyataan Media

Ada khabar angin menyatakan bahawa Shahidan Kassim dan konco konconya akan lompat ke PH.




Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana Shahidan akan buat apa saja untuk selamatkan karier politiknya, periuk nasi anak Kassim di Perlis.

Shahidan yang dikatakan Pro Tun Mahathir sejak daripada UMNO lagi menggunakan kesempatan ini untuk bersama-sama PH.

Saya ingin maklumkan kepada kepimpinan tertinggi PH bahawa kami di Perlis ini dah lama lawan korupsi Shahidan.

Dia ceramah-ceramah BN, Shahidan juga menghentam Tun M dan Harapan.

Kalau benarlah Shahidan berjuang untuk rakyat, dan menyokong Pakatan Harapan, kenapa bukan dari dulu lagi beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, apabila periuk nasinya sudah hampir tertutup, BN gagal membentuk kerajaan pusat, barulah beliau mula untuk bersama. Apa maknanya itu? Itu maknanya beliau hanya nak selamatkan perut sendiri!

Saya meminta supaya kepimpinan tertinggi PH menolak dengan tegas kemasukan Shahidan ke PH.

Kita tidak perlukan pemimpin ini. Kita boleh berjaya dengan orang kita sendiri.




Akar umbi Pakatan Harapan menolak Shahidan. Sekiranya beliau berada di tampuk pimpinan PH Perlis, perkara sama dalam UMNO Perlis akan terus wujud.

Tolak UMNO! Tolak Shahidan! Tolak LALANG yang hanya hadir bila kita sudah menang!

Abdul Hannaan Khairy
Ketua Penerangan
Pemuda Pakatan Harapan
merangkap
Exco Pemuda PPBM Pusat

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...