Sabtu, 19 Mei 2018

PH Berat Sebelah, Isu Kuda Mahathir & Kes Guan Eng Kenapa Tak Siasat Soal Najib..

Oleh : Malaysiakini

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) 'berat sebelah' mengenai tindakan terhadap rasuah.




Beliau dipetik Malay Mail berkata kedaulatan undang-undang mesti dikenakan kepada semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Apa pun, ia perlu adil. Kedaulatan undang-undang perlu diterapkan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilihat dikenakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.

"Maksud saya, jika anda (Mahathir) telah menerima 30 ekor kuda daripada kawan-kawan anda, itu juga harus diambil kira, kerana beliau telah mengaku secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh kawan-kawannya.

"Beliau telah menerima hadiah daripada rakan-rakannya dan telah mengakuinya secara terbuka,"
kata Najib di rumahnya.

Siasatan patuhi undang-undang

Mahathir berkata dalam wawancara CNN dua tahun lalu, beliau telah menerima hadiah kira-kira 40 ekor kuda.

Najib kini di bawah siasatan skandal 1MDB. Rumah dan pelbagai premis yang dikaitkan dengannya diserbu pasukan polis.

Mahathir, yang menumbangkan pentadbiran Najib pada pilihan raya umum 9 Mei, menegaskan siasatan akan mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Najib juga mempersoalkan pelantikan Lim sebagai menteri kewangan di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah.

"Baiklah, prinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Beliau tidak bersalah sehinggalah terbukti (di mahkamah), jadi beliau tidak bersalah kerana beliau dituduh.

"Walaupun beliau tidak bersalah, tetapi kebanyakan orang tidak fikir jika sesuai untuk seorang lelaki yang sedang dibicarakan (mahkamah) untuk dilantik sebagai menteri kewangan, sehinggalah beliau membersihkan namanya.

"Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkan nama anda terlebih dahulu,"
kata Najib.

Menteri Kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai diskaun pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng menafikan dakwaan itu, berkata ia bermotifkan politik. - 19 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...