Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Mei 2018

Najib Sahkan Wang Tunai Yang Dirampas Berkotak-Kotak Adalah Untuk Kegunaan #PRU14.

Bekas perdana menteri bimbang akan keselamatan dirinya dan meminta dilindungi sebagai saksi dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lapor portal Malay Mail Online hari ini.

Portal itu menyebut, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul 5 petang semalam.

Dalam laporan yang turut diperlihatkan kepada wartawan Malay Mail itu, Najib mendakwa wujud ugutan terhadap dirinya dan keluarga, menyebabkannya membuat permohonan rasmi untuk diletakkan dibawah perlindungan saksi.

Bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam laporan berkata beliau difahamkan melalui sumber ugutan itu bukan sahaja dalam negara malah luar Malaysia.

Difahamkan ugutan juga datang daripada individu yang berkaitan dan tidak berkait secara langsung dengan dana 1MDB luar negara.
 

Malay Mail turut melaporkan pihak polis telah hadir ke rumah Najib seawal 10 Mei 2018, iaitu sehari selepas BN disahkan kalah teruk dalam PRU ke 14 yang lalu.

"Dalam laporan polisnya, beliau (Najib) berkata pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tiba di kediamannya pada malam 10 Mei, sehari selepas PRU14.

"Beliau berkata pegawai polis itu berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas barangan milik beliau dan anak lelakinya yang tiada kena-mengena dengan 1MDB.

Dalam laporan polis itu juga, Najib mendakwa barang kemas dan barangan peribadi lain yang dirampas polis di Pavillion Tower itu merupakan hadiah daripada kawan-kawannya.

"Beliau juga mengatakan wang tunai (yang dirampas) itu sebenarnya untuk digunakan dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional,"
tulis Malay Mail yang berpeluang untuk masuk ke kediaman Najib Razak bagi membuat wawancara khas bersama bekas Perdana Menteri ke enam itu. 




Najib juga dipetik sebagai berkata para penyiasat yang menyerbu kediaman berkaitannya gagal memberikan beliau senarai barangan yang diambil.

Selain itu, laporan itu juga memetik Najib yang berkata hanya memainkan peranan penasihat dalam syarikat 1MDB dan tidak terlibat dalam proses pembuatan keputusan.

"Beliau berkata keputusan urus niaga 1MDB dibuat lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

"Dalam laporan polis (Najib) itu, beliau mendakwa RM2.6 bilion yang diterimanya itu hanyalah derma daripada keluagra diraja Arab Saudi,"
lapor Malay Mail lagi. - 19 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...