Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Mei 2018

Kronologi Lengkap Serbuan Ke Atas Rumah Najib & Fakta Barang Rampasan.

Belum pun genap sebulan Barisan Nasional kalah teruk dalam PRU ke 14 pada 9 Mei lalu, kini Najib Razak berdepan dengan satu lagi cabaran getir dalam hidupnya apabila disiasat oleh pihak polis dan SPRM.

Skandal yang membabitkan kepimpinan Najib Razak seperti;

i) Derma 2.6b
ii) Penyelewengan dana SRC International
iii) Dana KWAP
iv) 1MDB
v) Altantuya
vi) isu pembaziran dan kekayaan luar biasa

Dibuka satu persatu untuk disiasat secara telus oleh pihak berkuasa negara.

Dan berikut adalah kronologi siasatan ke atas Najib Razak;

1. Pada 15 Mei 2018, kira-kira jam 10.15 malam, dianggarkan lebih kurang 15 buah kenderaan polis termasuklah SUV dan BLACK MARIA tiba di lokasi rumah Najib di Jalan Duta.

2. Najib dan Rosmah berada di rumah ketika itu. Peguam Najib dan seorang wanita yang tidak dikenali juga hadir ke rumah Najib selepas serbuan dilakukan oleh pihak polis.


3. Pihak polis dilihat membawa beberapa kotak berwarna biru dipercayai untuk mengisi barang bukti seperti fail dan barang-barang berkaitan kes siasatan.

4. Serbuan tengah malam yang dilakukan ke atas Najib itu mendapat simpati netizens pro Barisan Nasional dan mereka membidas tindakan pihak polis itu yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

5. Beberapa NGO dan Ahli Parlimen seperti Nurul Izzah mempertikaikan tindakan pihak polis yang melakukan serbuan di tengah malam. Menurut Nurul Izzah, pihak polis harus menggeledah pada masa yang bersesuaian (bukan tengah malam) dan sebagai anak yang pernah melalui episod yang sama, beliau tidak mahu melihat ada orang lain lagi menjadi mangsa sepertinya.

6. Anwar yang baru dibebaskan dari penjara turut mengulas isu serbuan tengah malam di rumah Najib. Tanpa menyimpan perasaan dendam, Anwar mahu Najib disiasat secara adil. Jika terbukti ada kes, Najib harus dibicarakan dan didakwa tanpa campurtangan politik. Jangan ada perasaan dendam.

"Saya beritahu kepada Tun M, dia kata pergi cari dokumen dan sebagainya. Saya setuju tapi beliau kena ikut proses.

"Marah kita, benci kita jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba,"
katanya (Malaysiakini).



7. Menurut Mahathir, meskipun arahan siasatan dikeluarkan tetapi tiada arahan spesifik seperti serbuan tengah malam dikeluarkan oleh pihaknya. Mahathir juga menegaskan pihak polis ada SOPnya tersendiri dan menolak dakwaan kononnya beliau mahu menyeksa Najib (balas dendam).
"Polis ada SOP mereka, saya tidak tahu mereka akan melakukan serbuan pada waktu malam, arahan saya sangat jelas.

"Saya tidak mahu menyeksa sesiapa atau perkara seperti itu. Saya mahu setiap orang dilayan dengan baik,"
katanya. (Sidang Media PPBM).
 

8. Operasi serbuan bermula tengah malam 16 Mei 2018 sehingga 18 Mei 2018.

9. Berdasarkan maklumat pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengambil barang bukti dari;

- Pejabat Najib di Putrajaya (bekas pejabat)
- Rumah rasmi Perdana Menteri di Putrajaya
- Rumah Najib di Jalan Duta
- Rumah anak lelaki Najib di Pavillion Residents
- Rumah anak perempuan Najib di Pavillion Residents
- Rumah Tan Sri yang ada kaitan dengan keluarga Najib di Pavillion Residents

Turut dilaporkan serbuan ke atas dua unit kondo iaitu kondo anak perempuan Najib dan kondo Tan Sri yang ada kaitan dengan Najib dilakukan tanpa keberadaan penghuni dalam rumah ketika itu kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun pihak polis berjaya memperolehi waran geledah dan serbuan dilakukan bagi mendapatkan barangan bukti.

Unit kondominium Pavillion Residents milik Tan Sri yang tidak didedahkan namanya dikatakan menjadi stor untuk menyimpan pelbagai jenis barangan.

Pihak polis turut memaklumkan, kesemua serbuan dilakukan secara serentak.



10. Dan setakat ini, berikut adalah barang rampasan yang diperolehi oleh pihak polis;

- 72 bagasi yang mengandungi wang tunai (pelbagai jenis matawang)

- 284 kotak yang berisi beg tangan mewah pelbagai jenama

- Barangan kemas

- Jam tangan

- Pakaian

- Hadiah 

- Beberapa dokumen yang dipercayai berkaitan kes 1MDB


11. 5 buah trak digunakan untuk mengangkut barang kes keluar dari Pavillion Residents. Polis mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan kesemua barang bukti dari unit-unit kediaman tersebut yang bermula pada tengah malam jam 12.13 pagi, 18 Mei 2018 sehingga jam 2.30 pagi. Barangan itu ialah; 72 bagasi berisi wang tunai dan 284 kotak beg berjenama mewah.

12. Polis menemui satu peti besi lama di rumah Najib di Jalan Duta. Peti besi itu berusia 20 tahun dan kuncinya telah hilang. Beberapa tukang kunci kemudiannya telah dipanggil ke kediaman Najib bagi membuka peti besi berkenaan namun gagal. Usaha mengerudi peti besi berkenaan kemudiannya dilakukan seawal jam 8.30 pagi 17 Mei 2018 dan berakhir pada jam 9.30 malam dan ketika itu ia masih gagal dibuka.

Menurut peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, tiada barangan berharga di dalam peti besi berkenaan namun pihak polis mahu mahu membukanya bagi mengenalpasti isi kandungannya.


Peguam Najib turut menjelaskan tindakan pihak polis yang menggerudi peti besi berkenaan dalam tempoh yang lama menjejaskan ketenangan di kediaman anak guamnya. 

Peguam Najib turut memberitahu kepada media, setakat 17 Mei 2018, tiada dokumen yang dirampas di kediaman Najib melainkan hanya barangan peribadi seperti pakaian, beg dan hadiah. 

13. Dalam perkembangan yang berkaitan, dilaporkan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) IPD Sentul, Abdul Malik Hasim tiba ke rumah Najib pada jam 9.30 malam 18 Mei 2018. Kesemua mereka kemudiannya dilihat beredar dari kediaman Najib kira-kira 11 malam 18 Mei 2018. Pihak polis dari balai Sentul juga enggan bercakap kepada media mengenai kehadiran mereka di kediaman Najib.

14. Perkembangan terbaru, kira-kira jam 10.15 malam 18 Mei 2018 tadi, pihak polis berjaya membuka peti besi di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Sinar Harian menulis, difahamkan dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman di Taman Duta itu. Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang. 


"Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai," sumber memberitahu Sinar Harian. Bagaimanapun, dilaporkan terdapat lapan lagi peti besi yang belum dibuka di Seri Perdana, Putrajaya.  

15. Bernama pada 18 Mei melaporkan Najib Razak perlu hadir ke pejabat SPRM pada selasa depan bagi membantu siasatan dalam skandal SRC International. Dua buah kenderaan SPRM, Proton Preve dan Inspira berwarna Perak yang dinaiki oleh 8 anggota SPRM dilihat memasuki rumah Najib kira-kira jam 4 petang dan keluar pada jam 5.41 petang. 

16. Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan

Manakala itu, sekumpulan pelajar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat dilihat meninggalkan kediaman bekas presiden Umno itu selepas hadir majlis berbuka puasa di sana.


Sekolah tahfiz itu terlibat dalam tragedi kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa pada September tahun lalu.

Pengetua sekolah berkenaan, Mohd Zahid Mahmood memberitahu media suasana di dalam rumah cukup tenang.

Ketika ditanya keadaan isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor, beliau menjawab,"semuanya seperti biasa."

Diminta penjelasan lanjut, beliau berkata,"Alhamdulillah semuanya tenang. Saya juga tenang."

Ditanya pengesahan jika Rosmah berada di dalam rumah, Mohd Zahid menjawab, "Wallahualam," sebelum masuk ke kereta dan beredar dari situ.

Tidak jelas jika Rosmah mengikuti Najib yang berbuka puasa di luar rumah itu hari ini. - 19 Mei 2018.






Rujukan;

https://www.malaysiakini.com/news/425443

https://www.malaysiakini.com/news/425526

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/340345/update-polis-geledah-satu-lagi-kediaman-najib

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/427141/72-beg-berisi-wang-tunai-barang-kemas-dirampas

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/340414/rumah-anak-najib-pun-diserbu 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/426995/tukang-kunci-dipanggil-buka-peti-besi-najib 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/427142/peti-besi-di-rumah-najib-gagal-dibuka

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/427054/10-jam-gerudi-peti-besi-najib

https://www.malaysiakini.com/news/425699

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/738405-najib-diminta-hadir-ke-pejabat-sprm-selasa-depan.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...