Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Ogos 2012

Isu replika botol arak di Pulau Pinang selesai.

Dah settle.


Untuk pengetahuan korang, replika botol tue dah lama wujud. Bukan benda baru. Tapi isu tue telah pun diselesaikan selepas pihak pengurusan kompleks berkenaan bersegera alihkan botol2 arak yang menyingung sensitiviti umat islam.

Rujuk paparan berita yang aku petik dari sinar harian kat bawah neh ;

Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan.
Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.
Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.
“Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama.
“Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu,” katanya pada sidang media di sini semalam. -SH-

Bagaimana isu neh diselesaikan?

1. CAP buat aduan kepada surat khabar.

2. Surat khabar siarkan aduan tersebut.

3. Pihak berkuasa negeri dan exco agama islam baca.

4. Mereka segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu.

5. Botol arak dialihkan dan isu selesai.

Yang penting tak perlu tunggu siasatan lanjut dan balbalblablab karang ayat untuk selamatkan diri sendiri. Kalau lah kerajaan bien bertindak begini dengan seme penyelewengan2 yang berlaku dah lama daaa kita aman beb.

Apa pun good job kepada seme. Dan yang pasti bloggers umno confirm bengang. Belum lagi lakukan serang bertubi2 dan selesai isu.

kah kah kah

Padan muka. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...